suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat Bosan Media Sering Puji Kecantikan Tyuzu (Twice)

PEMINAT industri muzik Korea menyatakan luahan mereka yang semakin bosan dengan berita media negara itu yang sering memuji kecantikan salah seorang ahli kumpulan Twice iaitu Tzuyu.

Media tempatan iaitu Herald Econ dikatakan terlalu obses dan menulis artikel khusus tentang penyanyi itu terutama berkaitan kecantikannya.

Rata-rata netizen yang menulis komen bahawa mereka sudah bosan membaca artikel seperti itu.

Kata mereka, wajah dan kecantikan penyanyi tersebut tidak ada beza dengan artis wanita lain di Korea.

"Saya berasa wartawan berusaha mencuci otak kita agak berfikir bahawa Tzuyu seorang yang sangat cantik.

"Ada banyak wajah seperti itu dalam industri hiburan dan dia tidak begitu cantik, malah ramai sahaja artis lain lebih canti daripadanya," ujar netizan.

Tyuzu

Artikel Lain