suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Karisma Kapoor Tidak Benar Bekas Suami Temui Anak

Karisma sudah tinggal berasingan dengan Sanjay sejak 2004.

KES perceraian pasangan selebriti Karisma Kapoor dan Sanjay Kapoor masih belum selesai.

Pasangan yang sepatutnya bercerai secara rasmi pada 27 November lalu menunda sidang mahkamah berkenaan kes tersebut.

Pihak Sanjay menerusi peguamnya mendakwa bahawa pelakon wanita itu melarang Sanjay bertemu dengan anak-anaknya.

“Kami meminta pihak mahkamah menunda kes ini kerana Karisma telah melanggar perjanjian dan tidak mengizinkan Sanjay bertemu anak kedua mereka.

“Walhal Sanjay bertanggungjawab membiayai kehidupan aktres itu dan anak-anak mereka sejak mengambil keputusan tinggal berasingan pada 2014,” ujar peguam, Aman Hirogani.

Manakala, pihak Karisma membantah tuduhan tersebut dan memberi kebebasan kepada Sanjay untu bertemu kedua-dua anak mereka.

Karisma turut mendakwa Sanjay tidak memberikan wang yang sepatutnya kepada dia dan anak-anak seperti dijanjikan.

Sejak mengambil keputusan berpisah, Sanjay menetap di Delhi, manakala, Karisma dan anak-anak di Mumbai.

Karisma Kapoor

Artikel Lain