suria

Lee Suk Hoon Umum Tarikh Kahwin Melalui Surat

Lee Suk Hoon bakal berkahwin pada 17 Januari depan.
ANGGOTA kumpulan SG Wannabe iaitu Lee Suk Hoon mengumumkan tarikh perkahwinannya menerusi sepucuk surat terbuka kepada peminat.

Allkpop melaporkan Suk Hoon dalam surat yang ditulis menggunakan tangan itu memberitahu akan berkahwin secara rasmi dengan pasangannya pada 17 Januari depan. "Pada 17 Januari saya akan berkahwin dengan pasangan saya secara rasmi selepas mendapat restu daripada ibu-bapa kami.

"Saya ingin memberitahu peminat sendiri tentang perkara ini dan berharap anda semua akan mendoakan kebahagian saya," tulisnya.

Dalam pada itu, dalam surat sama, Suk Hoon turut berterima kasih kepada peminat yang menyokong kemunculan semula SG Wannabe selepas empat tahun tidak muncul dengan album baharu.
Lee Suk Hoon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain