suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamie Foxx & Katie Holmes Jalin Hubungan Dalam Diam

Katie dan Jamie dikatakan menjalin hubungan cinta.
DALAM diam-diam, Jamie Foxx dan Katie Holmes dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu.

Menurut laporan portal Newkerala, Jamie dan Katie sengaja mahu dilihat tidak mempunyai apa-apa perhubungan sedangkan mereka mempunyai hubungan yang sangat mesra.

"Katie sudah jatuh cinta dengan Jamie. Tetapi pasangan itu tidak mahu hubungan mereka didedahkan.

"Bagaimanapun sejak kebelakangan ini mereka kerap dilihat bersama," kata sumber.

Tambah sumber itu, anak Katie iaitu Suri Cruise begitu senang dengan kehadiran Jamie.

Sejak bercerai dengan Tom Cruise pada tahun 2012, Katie tidak pernah mendedahkan kehidupan peribadinya walaupun pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa aktor.
Jamie Foxx, katie Holmes

Artikel Sebelum

Artikel Lain