suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liam Hemsworth Dipinggirkan Ketika Remaja

Liam mendedahkan pernah dipinggirkan oleh rakan-rakan sekolahnya ketika remaja.
PELAKON Liam Hemsworth mendedahkan dia pernah berasa terasing daripada rakan sebayanya ketika remaja.

Liam berkata, dia berasa demikian kerana sering dipinggirkan sehingga membuatkan dia menjadi seorang pendiam di sekolah.

"Saya sering berasa diri saya pelik berbanding orang lain kerana dipinggirkan oleh rakan-rakan di sekolah," katanya menurut laporan Daily Mail.

Jelas Liam lagi, dia sebenarnya seorang yang suka meluahkan pendapat dan periang namun keadaan di sekolah membuatkan dia berubah sikap.

"Saya tidak tahu dimana silapnya dan saya cuba menjadi diri sendiri tetapi keadaan sekeliling membuatkan saya berubah," katanya.
Liam Hemsworth

Artikel Lain