suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Album '25' Adele Bakal Pecah Rekod 15 Tahun Nsync

Album terbaharu Adele berjudul 25 dijangka terjual sebanyak 2.5 juta salinan pada minggu pertama pelancarannya di Amerika Syarikat.

NEW YORK: Album terbaharu Adele berjudul 25 dijangka terjual sebanyak 2.5 juta salinan pada minggu pertama pelancarannya di Amerika Syarikat.

Billboard melaporkan 25 yang baharu sahaja berada di pasaran Jumaat lalu bakal mencipta sejarah sebagai album tertinggi jualannya pada minggu pertama ia dilancarkan.

Sebelum ini rekod berkenaan dipegang oleh kumpulan Nsync menerusi album No String Attached yang dilancarkan pada tahun 2000 dan ia satu-satunya album melepasi jualan lebih dua juta salinan pada minggu pertama dilancarkan di Amerika.

Album terbaharu Adele mula berada di pasaran sejak Jumaat lalu.

Terjual sebanyak 2.4 juta album berkenaan dilancarkan setahun sebelum iTunes diperkenalkan yang memperlihatkan perubahan corak pembelian kepada digital secara drastik.

Dalam pada itu, Adele turut mencipta rekod apabila album 25 terjual sebanyak 900,000 unit menerusi iTunes pada hari pertama ia dilancarkan dan angka itu hanya penjualan di Amerika.

Adele, 25, Nsync

Artikel Sebelum

Artikel Lain