suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penat Sambut Deepavali, Rani Mukerji Dinasihatkan Berehat

Rani Mukerji

SELEPAS Rani Mukerji dimasukkan ke hospital gara-gara terlalu letih ketika menyambut perayaan Deepavali, dia dinasihatkan untuk berehat lebih lama di hospital berkenaan.

Menurut laporan Newkerala, aktres yang kini sedang mengandung itu memerlukan pengawasan doktor dengan diberi beberapa ubatan sehingga dirinya stabil.

Menurut sumber, doktor yang merawat aktres berusia 37 tahun itu juga menasihatkan agar dia perlu jauhkan diri daripada kawasan yang berhabuk, kotor dan bising.

Rani telah mendirikan rumah tangga dengan Aditya Chopra pada 21 April 2014 di sebuah majlis tertutup di Itali.

Rani Mukerji

Artikel Berikut

Artikel Lain