suria

Zayn Malik Dedah Punca Sebenar Tinggalkan One Direction

Zayn Malik dedah punca sebenar dia meninggalkan kumpulan One Direction.

BEKAS anggota One Direction, Zayn Malik mendedahkan punca sebenar dia mengundurkan diri kerana tiada diberikan ruang untuk menjadi seorang yang kreatif dalam penghasilan muzik kumpulan itu.

Malah kata Zayn semua idea berhubung arah tuju muzik kumpulan itu ditolak mentah-mentah oleh pihak pengurusannya.

"Jika saya cuba menyanyi dengan cara R&B atau menjadi diri saya ia tidak dapat diterima dan saya perlu merakamkan vokal saya berkali-kali sehingga saya mengikut kehendak mereka.

"Idea saya juga tidak dipedulikan dalam memperbaiki mutu muzik dan persembahan One Direction itu sendiri," katanya kepada Mirror.

One Direction kini hanya tinggal empat anggota. 

One Direction kini dianggotai oleh Liam Payne, Niall Horan, Louis Tomlinson dan Harry Styles.

Dalam pada itu, Zayn tanpa berselindung mengakui muzik diketengahkan One Direction bukan sesuatu yang diminatinya namun terpaksa mengikut kehendak pihak pengurusan mereka.

"Kononnya kami terlibat secara langsung dalam penerbitan termasuk penulisan lirik dan lagu untuk album kami tetapi itu semua hanya rekaan.

"Kami telah diberikan segala-galanya dan cuma merialisasikan konsep dan impian pihak pengurusan," dedahnya lagi.

Zayn Malik, One Direction

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain