suria

Han Ga In Hamil Selepas Sembilan Tahun Kahwin

Han Ga In dan Yeon Jung Hoon bakal menimang cahaya mata pertama selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
PELAKON Han Ga In akhirnya mengesahkan sedang hamil anak sulungnya selepas sembilan tahun berkahwin dengan aktor Yeon Jung Hoon.

Allkpop melaporkan Ga In menerusi syarikat pengurusannya BH Entertainment mengesahkan berita berkenaan dan memberitahu aktres itu sedang hamil lima bulan.

Berita berkenaan mendapat perhatian meluas daripada peminat yang selama ini menanti khabar gembira daripada pasangan tersebut.

"Kami ingin berkongsi berita gembira bahawa Han Ga In sedang hamil lima bulan dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi yang sedang dikandungnya.

"Keluarga terutama suaminya, Yeon Jung Hoon adalah insan paling gembira dengan perkhabaran tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu Ga In dilaporkan akan berehat daripada dunia lakonan sehingga dia selamat bersalin pada Mac tahun hadapan.

Han Ga In, Yeon Jung Hoon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain