suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Aksi Wanita Filem 'Resident Evil 6' Koma

SEORANG pelakon aksi ngeri wanita untuk filem Resident Evil 6, Olivia Jackson dilaporkan berada dalam keadaan koma selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran filem tersebut pada 5 Sepetember lalu.

Seperti dipetik Ace Showbiz, wanita itu mengalami kemalangan ketika melakonkan babak ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Dia dilaporkan mengalami luka parah di kepala dan tangan.

Menurut sumber, adegan tersebut tidak berbahaya, namun pelakon tersebut tidak menggunakan alat keselamatan iaitu pelindung gigi dan topi keledar.

"Sebenarnya itu bukan aksi berbahaya, dia menunggang motosikal pada jalan yang lurus, namun tidak memakai pelindung gigi dan topi keledar keselamatan," ujar sumber.

Suami Olivia, David R.Grant turut berada di tempat kejadian.

Olivia melakonkan watak yang dibawa oleh pelakon Milla Jovovich dalam filem berkenaan.
Resident Evil 6

Artikel Berikut

Artikel Lain