suria

'Producer' Drama Korea Paling Dicari Di Google

DRAMA Producer lakonan Kim Soo Hyun menduduki tangga teratas senarai carian Google Korea semester pertama 2015 yang baharu dikeluarkan.

Proses pencarian pelakon hingga ketika episod akhir penyiaran drama tersebut menimbulkan pelbagai konflik yang menarik perhatian penggemar drama-drama Korea.

Kekecohan turut terjadi pada episod pertama drama itu apabila produksi terpaksa menukar pengarah.

Bagaimanapun, Kim Soo Hyun, Goo Hyo Jin, Cha Tae Hyun dan IU membuktikan lakonan mereka berbekas di hati penonton.

Sementara itu, drama Kill Me Heal Me yang turut menjadi buah mulut pada awal tahun ini menduduki tempat kedua di enjin carian Google.

Drama tersebut juga berjaya menaikkan nama pelakon Ji Sung.

Manakala drama Mask Best Singer dan Please Take Care of my Fridge menduduki tempat ketiga dan keempat paling dicari di Google.

Producer, KBS

Artikel Berikut

Artikel Lain