suria

James Franco Bergurau Kahwin Dengan Lana Del Rey

SELEPAS digosipkan berkawan rapat dengan seorang model bernama Erin Johnson, kini pelakon James Franco dikhabarkan sudah berkahwin dengan penyanyi Lana Del Rey.

Seperti dilaporkan oleh E!Online, pelakon watak Harry Osborn dalam filem Spiderman ini memuat naik gambar bersama penyanyi wanita tersebut di laman Twitter.

Pelakon lelaki tersebut turut menulis bahawa dirinya sudah berkahwin dengan penyanyi lagu Born to Die itu.

"Oh kami sudah bernikah," ujarnya pada kapsyen gambar tersebut.

Selepas posting tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna laman sosial, James memuat naik status bahawa dia hanya bergurau sahaja.

Foto tersebut sebenarnya diambil ketika Lana Del Rey menghadiri pratonton filem terbaharu James berjudul Child Of God pada 30 Julai lalu.
Lana Del Rey, James Franco

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain