AirAsia Hanya Boleh Pindah Sebahagian Operasi Ke KLIA - Niaga | mStar

AirAsia Hanya Boleh Pindah Sebahagian Operasi Ke KLIA

SEPANG: Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), pengendali Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, syarikat penerbangan AirAsia hanya boleh memindahkan sebahagian daripada operasinya ke KLIA jika berhasrat untuk berbuat demikian.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, AirAsia tidak boleh memindahkan keseluruhan operasinya ke KLIA atas faktor kapasiti terminal berkenaan.

Menurutnya, AirAsia kini memiliki operasi yang besar, iaitu 80 kapal terbang dengan menerbangkan 28 juta penumpang setahun.

"Jadi untuk memindahkan semuanya, saya hanya jawab tidak boleh...namun kita akan mempertimbangkan permintaan sekiranya mereka mahu memindahkan sebahagian operasi mereka ke KLIA," katanya kepada media selepas Persidangan Tahunan Konsesi Ketujuh dianjurkan MAHB di sini, Khamis.

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dilaporkan berhasrat memindahkan keseluruhan operasinya dari klia2 ke KLIA susulan pengumuman kadar baharu caj  perkhidmatan penumpang (PSC) berkuat kuasa 1 Januari 2017.

Badlisham berkata, permintaan AirAsia untuk memindahkan operasi ke KLIA sudah dikemukakan kepada pihaknya dan MAHB sedang mempertimbangkannya, namun ia terhad kepada ketersediaan dan keupayaan terminal itu.

Ketika ini, kira-kira 60 syarikat penerbangan beroperasi dari terminal KLIA dan 10 syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

"Ketika waktu puncak pada pukul 6 pagi hingga 10 pagi kami mengendalikan purata 115 penerbangan yang berlepas dan mendarat di KLIA dan kapasiti KLIA pada waktu puncak hampir penuh," katanya.

Badlisham berkata, MAHB mungkin boleh menawarkan AirAsia untuk beroperasi ketika waktu bukan puncak dan kekosongan beberapa slot pada waktu puncak.

Mengenai hasrat Malaysia Airlines untuk beroperasi di klia2, Badlisham berkata, MAHB akan mengadakan perjumpaan dengan syarikat penerbangan itu pada 24 November ini berkaitan perkara itu.

"Malaysia Airlines juga telah mengadakan lawatan ke klia2 dan melihat sendiri kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di sana," katanya.

MAHB , AirAsia , KLIA , KLIA2

Artikel Sebelum

Malindo Air Kini Ke Phuket

Artikel Berikut

Stok Minyak Sawit Meningkat

Artikel Berkaitan

AirAsia Tingkatkan Sistem Bayaran One-Click

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain