suria

Jualan Hartanah Di Malaysia Merosot

PETALING JAYA: Jualan hartanah di Malaysia susut 39 peratus pada separuh pertama 2016 berbanding 52 peratus setahun lalu, berikutan permintaan yang lebih lembab serta isu berkaitan pembiayaan akhir.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar berkata, pembeli pertama kali merosot 13 peratus dalam tempoh itu.

Beliau berkata, separuh daripada unit kediaman yang dilancar berharga di bawah RM500,000 dan semua negeri mengekalkan harga, kecuali Melaka.

"Isu utama dihadapi pembeli ialah apabila mereka mendapat pembiayaan 75 hingga 80 peratus," katanya selepas taklimat media mengenai Kajian Industri Hartanah oleh REHDA di sini, Rabu.

Menurutnya, cadangan skim pembiayaan oleh pemaju hartanah perlu diberikan kepada pembeli rumah kali pertama dan hanya untuk rumah mampu milik berharga RM500,000 dan ke bawah.

Iskandar berkata, pembiayaan akhir oleh pemaju perumahan adalah untuk membantu pembeli kali pertama mendapatkan dana yang diperlukan untuk pembayaran awal.

Bagaimanapun, hanya pemaju dengan kunci kira-kira yang kukuh boleh memberi kemudahan itu kepada pembeli dan mereka tidaklah ramai, katanya. - BERNAMA

Hartanah, REHDA

Artikel Sebelum

LBS Jual Ekuiti RM225 Juta

Artikel Berikut

Artikel Lain