suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rancangan Pengembangan MAHB Tingkat Harga Saham

KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) untuk memperluaskan dan membaik pulih lapangan terbang, menyaksikan harga sahamnnya naik tiga sen kepada RM6.48 pada awal dagangan pada Rabu.

Pengendali lapangan terbang itu memperuntukkan AS$1 bilion (RM4.11 bilion) untuk membaik pulih dan memperluas lapangan terbang dalam tempoh lima tahun akan datang disebabkan jumlah penumpang yang tinggi.

"Terminal utama mungkin memerlukan kerja menaik taraf," kata Pengarah Urusan Datuk Badlisham Ghazali yang merujuk kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Beliau berkata lapangan terbang lain di Langkawi, Kota Baharu dan Kota Kinabalu telah berkembang melangkaui kapasiti.

Kerja menaik taraf kemudahan akan memberi faedah kepada syarikat penerbangan serantau termasuk AirAsia Bhd.

Syarikat penerbangan kini mengukuhkan kehadiran di Asia dengan memperluaskan kumpulan pesawat dan menambah laluan setelah peningkatan pendapatan dan tambang yang kompetitif menggalakkan lebih banyak warga Asia menggunakan penerbangan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Saham Astro Menyusut

Artikel Lain