suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saham Samsung Turun Mendadak

SEOUL: Nilai saham syarikat komunikasi terkemuka Korea Selatan, Samsung turun mendadak susulan masalah yang dihadapi telefon pintar terbaharu, Samsung Galaxy Note 7.

Laporan portal berita BBC menyebut, saham syarikat Samsung menurun sebanyak lebih enam peratus pada Isnin, penurunan paling tinggi dalam tempoh dua bulan.

Penurunan mendadak tersebut disebabkan tindakan Samsung memanggil semula 2.5 juta telefon pintar itu pada minggu lalu selepas beberapa laporan mendakwa gajet terbabit meletup semasa atau selepas dicaj.

Selain itu, tindakan beberapa syarikat penerbangan utama dunia melarang penumpang menggunakan atau mengecas telefon tersebut ketika dalam penerbangan, turut menyumbang kepada penurunan nilai saham syarikat itu.

Samusung dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan untuk menggantikan semua telefon Samsung Galaxy Note 7 yang dipulangkan semula.

Jelas firma itu, masalah bateri dikenalpasti sebagai punca telefon itu meletup atau terbakar, sekali gus berdepan kesukaran menyelesaikan masalah berkenaan dalam kalangan telefon yang telah dijual.

Samsung Galaxy Note 7 dilancarkan pada bulan lalu, menerima ulasan yang baik daripada pengguna atau pengkritik sebelum masalah bateri itu timbul.


Samsung, Note 7

Artikel Sebelum

Saham Astro Menyusut

Artikel Berikut

Artikel Lain