PBB Peroleh Lesen Bank Milik Asing Di Vietnam - Niaga | mStar

PBB Peroleh Lesen Bank Milik Asing Di Vietnam

KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd (PBB) menerima lesen bank milik asing 100 peratus daripada State Bank of Vietnam (SBV) susulan pengambilalihan baki 50 peratus modal ekuiti dalam VID Public Bank (VPB).

PPB dalam satu kenyataan berkata berkuat kuasa 1 April, VPB akan menjadi unit milik penuhnya dan akan dinamakan sebagai Public Bank Vietnam Ltd (PBVN).

Mengikut terma lesen bank milik asing, PBVN diberikan tempoh operasi selama 99 tahun.

Pengasas/Pengerusi Public Bank Group, Tan Sri Teh Hong Piow berkata, PBB merupakan antara bank pertama menubuhkan bank usaha sama di Vietnam dan meraih keuntungan sejak penubuhan bank tersebut.

Beliau berkata pemberian lesen itu merupakan satu kejayaan penting kepada bank tersebut.

"Ekonomi Vietnam mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan, dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar pada 2015 sebanyak 6.68 peratus, yang tertinggi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

"Public Bank komited untuk meneruskan sokongannya kepada usaha dan inisiatif kerajaan Vietnam dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan kewangan di Vietnam," katanya.

Teh berkata PPVN akan meneruskan tumpuannya kepada perniagaan perbankan runcit, terutamanya berian pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana yang merupakan enjin pertumbuhan bagi negara itu selain menyediakan platform bagi perniagaan Malaysia untuk menjalankan operasi mereka di Vietnam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain