20 Syarikat Manfaat Penubuhan "Content Malaysia One Stop Pitching Centre" - Jailani - Niaga | mStar

20 Syarikat Manfaat Penubuhan "Content Malaysia One Stop Pitching Centre" - Jailani

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 syarikat perfileman dan kandungan kreatif telah menerima kesan baik daripada penubuhan pusat sehenti 'Content Malaysia One Stop Pitching Centre' sejak April tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, sebanyak RM18 juta dana dibelanjakan untuk pelbagai program pusat itu yang memudahkan penggiat industri dalam penghasilan kandungan kreatif yang tinggi.

"Pitching centre" ini juga bertindak sebagai pusat sehenti bagi dana-dana kandungan kreatif dan dapat lahirkan penulis skrip dan penerbit yang bertaraf global," katanya di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) yang bertanya mengenai tadbir urus dana industri kreatif dan perfileman.

Jailani berkata permohonan dana bagi menghasilkan kandungan kreatif di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dinilai berdasarkan merit oleh pakar-pakar bebas daripada industri terbabit.

"Melalui proses tadbir urus dana ini mana-mana permohonan yang benar-benar layak dan menepati syarat sahaja yang akan diberi kelulusan dana untuk menghasilkan kandungan kreatif," katanya. 

Sementara itu, Jailani yang juga anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil inisiatif mendidik penggunaan internet secara positif dengan memberi fokus terhadap empat isu utama bagi meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai tanggungjawab menggunakan internet. 

"Isu tersebut ialah penyebaran maklumat palsu, buli siber, tabiat "oversharing" dan penipuan Kewangan Internet, yang mendapat kerjasama PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Persatuan Bank-Bank Malaysia," katanya menjawab soalan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam).

Beliau berkata SKMM memberi tumpuan menangani isu buli siber dengan meneruskan program kesedaran cara penggunaan internet.-- Bernama


Jailani Johari , pitching centre

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain