MYNIC Sasar 5,000 IKS Guna Pakej Bisnes Online Bundle - Niaga | mStar

MYNIC Sasar 5,000 IKS Guna Pakej Bisnes Online Bundle

PUTRAJAYA: Seramai 5,000 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) terutamanya golongan muda disasar menggunakan pakej Bisnes Online Bundle (BOB) bagi membantu melengkapkan perniagaan mereka dengan kemudahan asas dalam talian, sehingga hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC Berhad, pentadbir tunggal bagi laman web yang berakhir dengan .my di Malaysia, Hasnul Fadhly Hasan berkata pakej yang ditawarkan oleh agensinya menawarkan kemudahan dalam mendapatkan nama domain, emel profesional, pengehosan laman web dan perlindungan antivirus yang memudahkan pengusaha melancarkan sesuatu perniagaan.

MYNIC merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"Statistik menunjukkan terdapat 45,000 syarikat baharu dan 350,000 perniagaan didaftarkan setiap tahun dan daripada jumlah itu hanya satu daripada tujuh yang mempunyai kehadiran dalam talian," katanya semasa sesi taklimat kepada media berkenaan BOB di sini, baru-baru ini.

Hasnul Fadhly berkata antara halangan yang dikenal pasti adalah kos penyediaan dan penyelenggaraan yang tinggi, kekangan masa serta menyediakan infrastruktur teknikal dan kesukaran untuk mendapatkan penyelesaian setempat. 

Menurutnya, melalui harga promosi BOB yang berpatutan iaitu RM180 (termasuk cukai barang dan perkhidmatan), pengguna dapat berjimat sehingga 51 peratus berbanding membeli barangan berasingan yang jumlah keseluruhannya bernilai RM370.

Peniaga juga diberi pilihan untuk mendapatkan satu hari latihan laman web menggunakan platform Wordpress pada harga RM100. 

Harga promosi bermula 16 November sehingga hujung tahun ini dan peniaga yang berminat boleh membeli pakej tersebut melalui laman web rasmi www.bisnesbundleonline atau melalui ejen yang sah. --Bernama


MYNIC , bundle , IKS

Artikel Sebelum

RM27.1 Bilion Perlaburan Terkini Ecer Diluluskan

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?