Bank Rakyat Catat Untung Pracukai, Zakat RM541.83 Juta Pada Suku Pertama 2015 - Niaga | mStar

Bank Rakyat Catat Untung Pracukai, Zakat RM541.83 Juta Pada Suku Pertama 2015

KUALA LUMPUR: Untung Bank Rakyat sebelum cukai dan zakat dalam tempoh suku pertama berakhir 31 Mac 2015, meningkat 1.4 peratus berjumlah RM541.83 juta berbanding RM534.13 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan bersih meningkat kepada RM478.88 juta berbanding RM460.14 juta pada tempoh yang sama tahun lepas atau peningkatan sebanyak 4.1 peratus, kata bank koperasi Islam terbesar Malaysia itu dalam satu kenyataan di sini.

Jumlah pendapatan kasar bank itu meningkat 8.7 peratus atau RM123.16 juta tahun ke tahun kepada RM1.54 bilion berbanding RM1.41 bilion pada suku yang sama sebelumnya.

Ia berkata pendapatan daripada pembiayaan sebanyak RM1.14 bilion, kekal sebagai penyumbang utama keuntungan bank, disokong oleh pendapatan daripada perbendaharaan dan aktiviti pemungutan.

Jumlah aset meningkat 7.4 peratus kepada RM89.89 bilion berbanding RM83.66 bilion pada tempoh sebelumnya.

Bagi suku pertama 2015, pulangan ke atas aset terus kukuh pada 2.6 peratus.

Bagi tempoh berakhir Mac 2015, bank merekodkan peningkatan imbangan kewangan kasar 5.0 peratus atau RM3.00 bilion kepada RM62.45 bilion manakala pembiayaan kasar pengguna meningkat sebanyak RM3.51 bilion kepada RM57.12 bilion berbanding RM53.61 bilion pada Mac tahun lepas.

Kualiti aset bank bagi tempoh suku pertama 2015 meningkat dengan nisbah kekurangan pembiayaan kasar pada 2.0 peratus, susut daripada 2.3 peratus pada tempoh yang sama sebelumnya, kata Bank Rakyat.

Nisbah Perlindungan Kerugian bagi Pembiayaan kekal tinggi pada 134.4 peratus.

Sementara itu, jumlah deposit bank meningkat 4.2 peratus atau RM2.79 bilion kepada RM68.51 bilion pada akhir Mac 2015, berbanding RM65.72 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.

Portfolio deposit runcit kukuh pada 17.3 peratus pada suku pertama 2015.

Bagi dana pemegang saham, ia meningkat 12.4 peratus atau RM1.39 bilion kepada RM12.59 bilion bagi suku pertama 2015 berbanding RM11.20 bilion dalam tempoh sebelumnya disebabkan peningkatan keuntungan bersih untuk tahun semasa.

Nisbah kecekapan modal wajaran risiko Bank juga kekal tinggi pada 18.9 peratus berbanding 17.0 peratus dalam tempoh perbandingan sebelumnya manakala nisbah modal teras pada 17.5 peratus berbanding 16.8 peratus pada Mac tahun lepas.-- Bernama

Bank Rakyat , zakat , pracukai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AirAsia Perkenal Barista Di Udara

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain