Keuntungan Sebelum Cukai TM Susut - Niaga | mStar

Keuntungan Sebelum Cukai TM Susut

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Telekom Malaysia Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2014, susut kepada RM262.89 juta berbanding RM264.93 juta dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

Pendapatan, bagaimanapun, meningkat kepada RM2.64 bilion, bagi tempoh tersebut, berbanding RM2.61 bilion sebelum ini, terutamanya berikutan pendapatan lebih tinggi daripada perkhidmatan berkaitan telekomunikasi lain, Internet dan multimedia, yang mengurangkan penurunan dalam data dan suara, menurut syarikat dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

TM

Artikel Sebelum

Boeing Hantar Pesawat Rondaan Maritim India

Artikel Berikut

Boeing Hantar 737-700 Pertama Untuk Ruili Airlines

Artikel Berkaitan