suria

Tragedi tayar pancit jadi asbab, teman lelaki rahsia munculkan diri jumpa ibu... Nenek pula puji kacak, siap ajak datang rumah!

Kadang-kala kita dipertemukan dengan seseorang dalam situasi yang tak dijangka. -Gambar hiasan

SEORANG gadis tular di media sosial selepas berkongsi kisah pertemuan pertama antara ibu dan teman lelakinya.

Menurut gadis itu, ibunya seorang yang tegas, menyebabkan dia tidak pernah berkongsi tentang hal peribadinya.

Namun peristiwa tayar kereta bocor menjadi punca pertemuan itu, membolehkannya memperkenalkan lelaki itu kepada keluarganya.

sweet 1

Ramai anak muda yang segan untuk memperkenalkan cinta hati kepada keluarga. -Gambar hiasan

"Ibu saya sangat tegas, dia tak pernah tahu saya ada teman lelaki sehinggalah tayar kereta kami meletup.

"Dia (teman lelaki) muncul membantu dan akhirnya ibu saya kenal dia," ujar wanita itu memulakan ceritanya.

Berkongsi lanjut, gadis itu berkata dia tiada pilihan lain untuk meminta tolong selepas tayar keretanya bocor.

Nenek puji wajahnya kacak, terus ajak teman lelaki saya datang ke rumah.

GADIS TIKTOK

"Selepas saya dan ibu makan di restoran, kami masuk kereta dan mulakan perjalanan. Selepas bergerak, kami dengar bunyi aneh.

"Kami berhenti untuk buat pemeriksaan dan tayar kami betul-betul meletup. Cuba hubungi ayah tapi dia tak angkat.

"Sebab teman lelaki saya tak jauh, saya kata pada ibu 'kawan' saya akan datang," imbas gadis itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis tunang dah dekat, ibu kekasih buat hal dakwa tak tahu apa-apa... Anak pandai-pandai buat keputusan sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Habis waktu ofis, ‘jumpa’ kekasih gelap di ruang chat aplikasi jual beli pula! Acah nak bunuh diri lepas kantoi dengan bini

Bertitik tolak daripada bantuan yang dihulurkan, dia berkata neneknya turut memuji rupa paras lelaki itu.

Lebih manis, neneknya yang turut datang ke lokasi mempelawa teman lelakinya untuk berkunjung ke rumah.

"Sebelum tu mak saya juga hubungi nenek dan ibu saudara saya sebagai back up. Ketika teman lelaki sampai, ibu saudara dan nenek pun dah ada di lokasi.

"Kemudian nenek tanya dia datang dari mana dan puji wajahnya yang kacak. Selepas dia bantu tukar tayar, ibu tawarkan sedikit wang untuk beli minuman dan ucapkan selamat tinggal.

The Holy  Month of Ramadan presents an opportunity for Muslims parents to teach their kids about fasting.  This includes waking up early in the morning to perform 'sahur' before they begin thier fast for the day...(father Hasni Abi 42, Wife Siti Norzaimah, 37Muhammad Ridzuan (15 )Muhammad Taufik Irfan(12)Balqis Nur alisha(10)Muhammad Ammar amsyar(7)Muhammad Faiq Aydan(4) —SHAARI CHEMAT / THESTAR

Restu ibu sangat penting sebelum seseorang mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Nenek saya pula, dia terus ajak teman lelaki saya datang ke rumahnya," ceritanya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen menganggap pertemuan itu sebagai kisah yang 'comel' dan berharap mereka akan disatukan sebagai suami isteri.

"Baca sambil tersenyum dan terbayang... untungnya.

"Cara terbaik untuk bawa teman lelaki jumpa mama.

"Ini cara terbaik minta restu (bakal) mak mentua.

"Comelnya, semoga berjodoh dan berkekalan," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain