suria

Isteri laris dapat tawaran kerja, tapi dihalang keluar rumah! Sudahnya selalu bergaduh besar, tak tahan suami gaji kecil RM1,500

Setiap suami akan bekerja keras untuk cukupkan keperluan keluarga. -Gambar hiasan

KENAIKAN harga barangan mentah dan runcit membuatkan masyarakat mula berkira-kira sebelum berbelanja.

Apatah lagi mereka yang bergaji kecil, pastinya pelbagai perbelanjaan perlu dicatu bagi mengelakkan masalah kewangan di kemudian hari.

Bagi yang berkeluarga, pasangan suami isteri akan bersama-sama membanting tulang untuk memenuhi keperluan rumah tangga.

Bagaimanapun, tidak semua lelaki mahu isteri mereka terbeban dengan tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga.

Pelbagai tugasan perlu dilakukan suri rumah setiap hari. -Gambar hiasan The Star

Pelbagai tugasan perlu dilakukan suri rumah setiap hari. -Gambar hiasan The Star

Begitulah yang dilalui wanita ini apabila hasratnya untuk membantu suami menambah kewangan keluarga dihalang.

"Aku selalu bergaduh besar dengan suami pasal kerja. Aku suri rumah, aku rindu nak kerja selain membantu kewangan suami," luahnya.

Menurut wanita ini, hasrat kembali bekerja disuarakan kerana gaji kasar suaminya begitu kecil dan tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga pada masa sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM1,500, isteri sabar bersusah! Ikat perut tengah bulan, anak seolah faham tak kisah makan bubur kosong

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji 10K cuma beri nafkah RM500 selepas suruh isteri ada degree resign! Suri rumah senasib tampil kongsi taktik ‘kikis’ duit pasangan

Tambahan pula, mereka mempunyai seorang anak kecil yang pastinya memerlukan perbelanjaan besar.

"Suami gaji 1.5k (RM1,500), belum tolak EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Aku risau masa depan anak aku.

"Lagipun aku mendapat banyak tawaran kerja tetapi terpaksa ditolak," luahnya lagi.

Suami ego besar sebab tahu kalau isteri dapat kerja, gaji isteri lebih daripada dia.

WARGA MAYA

Luahanya itu dikongsikan seorang pelayar Facebook yang turut mempersoalkan bagaimana keluarga tersebut menjalani kehidupan seharian dan berbelanja untuk keperluan anak dengan gaji yang kecil.

"Macam mana beli barang bayi dengan RM1,500 di zaman inflasi sekarang?," ajunya menerusi catatan di Facebook.

Persoalannya itu mendapat perhatian warga maya sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

Bagi sesetengah individu, mereka menyifatkan wanita tersebut tidak bersyukur kerana turut melalui kehidupan yang sama.

Wanita bekerjaya dapat membantu kewangan keluarganya. -Gambar hiasan The Star

Wanita bekerjaya dapat membantu kewangan keluarganya. -Gambar hiasan The Star

"Aku pun gaji bersih RM1,500 dengan anak tiga orang. Dua orang autistik umur lapan tahun pun pakai lampin lagi... isteri aku pun tak kerja, elok je hidup. Kau tu tak reti bersyukur.

"Suami aku pun kerja seorang, daripada gaji RM1,200 sampai RM1,500. Tanggung tiga orang anak, sekarang nak masuk empat dah... kalau percaya rezeki memang akan sentiasa cukup.

"Aku pun lalui ni sembilan tahun lalu... pernah nak memberontak tapi lama kelamaan bertenang dengan keadaan dan Alhamdulillah sekarang anak dah tiga," ujar beberapa warga maya.

Segelintir pula menyelar tindakan suami wanita tersebut kerana tidak reti menghargai keikhlasan isteri yang sanggup membanting tulang bersama-sama.

Wanita ini dianggap tidak bersyukur oleh warga maya.

Wanita ini dianggap tidak bersyukur oleh warga maya.

"Suami ego besar sebab tahu kalau isteri dapat kerja, gaji isteri lebih daripada dia.

"Aku kerja suami isteri pun tak cukup. Mungkin suami kau tu tak payah sewa, bil tak bayar dan makan kat rumah mak ayah.

"Suami pun bagilah isteri bekerja, habuan kau sama nanti. Zaman sekarang dengan RM1,500 tu mana cukup... ada anak lagi.

"Kesiannya ada suami macam ni, baik cerai je," tambah segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain