suria

Adik terkejut... Abang, kakak seolah dengar rungutan hati! Tak pernah hargai pengorbanan jaga ibu, Syawal ini hulur sampul bersama nota

Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam hubungan adik-beradik. -Gambar hiasan (kanan)

PELBAGAI ujian, dugaan dan masalah yang perlu dilalui seseorang apabila melibatkan hal kekeluargaan.

Antara isu yang sering timbul dalam kalangan adik beradik adalah soal ketidakadilan dalam mengurus ibu bapa yang sudah uzur.

Amat meruntun hati apabila usaha untuk menjaga kedua-dua orang tua hanya dipandang sebelah mata malah tidak dihargai oleh adik-beradik lain.

Tanggungjawab menjaga ibu bapa patut dipikul sama rata sesama adik-beradik. -Gambar hiasan

Melalui satu hantaran di laman X, seorang wanita berkongsi kisah hiba yang berlaku dalam keluarganya seiring ketibaan Syawal.

Menurutnya, selaku seorang adik, dia jarang mendapat penghargaan daripada abang dan kakaknya meskipun banyak pengorbanan dilakukan dalam menjaga ibu bapa di kampung.

"Sepanjang aku jaga mak dan arwah abah, aku tak pernah pun dapat ucapan terima kasih daripada adik-beradik. Apa yang mereka (abang dan kakak) nampak hanyalah kesilapan aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu gaji 7K enggan balik beraya, penat jadi ‘bank’ 6 adik beradik lain! Tak bagi duit dicop ‘kedekut’

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri merempat di pagi raya kedua, dihalau bapa mentua tanpa belas ihsan... Rupanya adik ipar dalang utama!

"Aku sanggup lupakan cita-cita dan masa depan aku sebab nak jaga ibu dan abah, itu pun aku masih tidak dihargai. Tapi waktu raya hari tu, kakak balik kampung dan tiba-tiba dia bagi satu sampul duit raya yang buatkan aku beremosi.

"Aku sebak baca isi yang dicoretkan di dalamnya," ujar wanita itu.

Ternyata pada sampul surat tersebut tertulis nota ringkas yang meninggalkan impak mendalam, kiriman si kakak mewakili kesemua adik-beradik wanita itu.

Namun tidak mengapa, aku percaya kalau kita tak berkira dengan ibu bapa, pasti ada yang lebih baik menanti.

WARGA MAYA

"Terima kasih jaga mak," tulisnya pendek tetapi berupaya menggoncang jiwa raga wanita berkenaan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpandangan faktor ego mungkin antara sebab mengapa seseorang itu sukar untuk mengucapkan terima kasih.

"Aku juga seorang kakak dan aku akui kadang tu aku segan nak ucap terima kasih dekat adik aku yang banyak berkorban. Tapi aku cuba bantu semampu yang boleh, aku usahakan balik kampung setiap minggu tolong kemas rumah.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Mungkin tak terkeluar dengan kata-kata, tapi aku sayang dan hargai adik aku sangat-sangat. Tanpa adik aku memang lumpuh seluruh keluarga ni. Semoga jasa baik adik dibalas dengan ganjaran yang lebih lumayan.

"Kami sebagai adik bongsu memang sering tersakiti. Kakak dan abang semua sibuk di kota mengejar kerjaya, ada yang sudah berumah tangga, tinggallah kami di desa dengan ibu bapa menggalas segala tanggungjawab.

"Namun tidak mengapa, aku percaya kalau kita tak berkira dengan ibu bapa, pasti ada yang lebih baik menanti. Pekakkan telinga daripada tohmahan orang sekeliling, kita tahu apa yang kita korbankan," ujar sebahagian pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain