suria

Lepas geram guna kaki! Pemuda tendang ‘king’ Myvi, hilang sabar pemandu letak kereta depan pagar rumah

Lelaki berang apabila sebuah kereta Perodua Myvi diparkir di depan pagar rumahnya.

MASALAH ruang parkir yang terhad adalah isu utama di mana-mana kawasan perumahan khususnya kediaman jenis taman dan bertingkat.

Justeru, tidak hairanlah ada di antaranya yang terpaksa memarkir kenderaan mereka di tepi jalan sehingga menghalang laluan hingga menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain.

Bagi sesetengah individu yang mempunyai common sense, mereka lazimnya meletakkan nombor telefon pada dashboard kereta ataupun tidak menarik brek tangan agar kenderaan mereka dapat dialihkan.

Biarpun begitu, masih ada segelintir individu yang tetap mementingkan diri sendiri dengan memarkir kenderaan sesuka hati sehingga menyusahkan orang lain, sebagaimana yang dilalui oleh seorang lelaki ini.

king 2

Pemilik kereta tersebut tidak meninggalkan nombor telefon malah bertindak mengunci stereng.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, dia meluahkan rasa geram apabila mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi diletakkan di hadapan pagar rumahnya hingga menghalang kenderaannya untuk masuk.

"Aku panas betullah. Ada musibat, tak tahu siapa, datang parkir kereta depan rumah aku.

"Aku balik, tahu-tahu ada kereta depan rumah aku. Dah la park depan rumah aku, nombor telefon tak tinggal, stereng pun lock," katanya dalam nada yang geram.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hobi’ jiran suka park depan rumah orang, satu hal kena pergi ‘mengemis’ suruh alih kereta! Dah bebel sebakul tetap tak minta maaf

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelanggan aku lari sebab kau” - Rumah jadi parking lot sebab jiran jual burger, dah tegur tapi kena ‘sound’ pula

Difahamkan disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik Myvi itu, dia terpaksa memarkir kenderaannya di hujung jalan yang sedikit jauh dari rumahnya.

"Owner dia memang s***. Parkir depan rumah orang, lock stereng macam ini rumah bapa dia," ujarnya lagi sambil beberapa kali menendang kereta tersebut.

Tak ada adab punya orang... siap lock stereng macam rumah acik dia pula.

NETIZEN

Video tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 582,000 jumlah tontonan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa geram dengan tindakan pemilik Myvi malah menyarankan lelaki berkenaan mengambil tindakan tegas untuk 'mengajar' individu tersebut.

"Buat report polis bang. Kadang-kadang manusia ni memang suka buat perangai dan cari pasal.

"Buat aduan dengan majlis (perbandaran). Kena angkat towing, itu masalah dia.

king komen

Netizen turut meluahkan rasa geram dengan sikap pemandu kereta Myvi tersebut.

"Call towing bang. Kasi cangkuk hantar pergi balai je. Tak ada adab punya orang... siap lock stereng macam rumah acik dia pula.

"Tikam tayar dia empat biji terus. Lampu tebuk masukkan air, ekzos sumbat penggosok periuk," demikian antara komen netizen.

Untuk maklumat bersama, merujuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 di bawah Seksyen 48(1) APJ 1987, mana-mana pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan orang lain atau yang menghalang pengguna lain melakukan satu kesalahan dan boleh didenda sekurang-kurangnya RM1,000 dan/atau penjara sekurang-kurangnya satu tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain