suria

Simpati nasib tukang kutip sampah, pemuda ajar cara buang sisa makanan berkuah... Jangan terus simbah!

Seorang pemuda menunjukkan cara membuang sampah dengan betul.

PERALIHAN ke negara maju memerlukan penduduk dengan minda kelas pertama.

Antaranya meliputi soal sikap iaitu daripada sekecil-kecil perkara seperti pemanduan berhemah di jalan raya dan cara pembuangan sampah yang cermat.

Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang pemuda dikenali sebagai Tehyeish menegur amalan segelintir rakyat Malaysia yang pada pendapatnya mencerminkan keperibadian kurang matang.

Teknik untuk membuang sampah makanan dengan lebihan kuah.

Menurut Tehyeish, tegurannya itu berkisarkan pendidikan sivik yang ramai terlepas pandang tatkala diri ini beranjak dewasa.

"Ada satu benda ni, apabila kita buat orang akan lebih memandang tinggi kepada kita, tak kisah la kalau kita ni tak berpelajaran atau tak pakai kaca mata sekalipun.

"Apakah itu? Ia adalah cara kita membuang sampah dengan betul. Benda mudah tapi kalau silap buat, boleh nampak kita ni tak bertamadun dan kurang nilai dalam diri," ujar Tehyeish.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berjubah hitam naik berang, perbuatan buang sampah dalam sungai dirakam - “Nak aku lempang?”

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit kanser stres berjiran dengan penjual air balang! Longgok sampah depan rumah, biar berterabur - “Bau basi amat kuat”

Tehyeish kemudiannya menjelaskan teknik pembuangan sampah, khususnya melibatkan bungkusan makanan berkuah.

"Setiap kali selepas kita makan contohnya nasi campur, laksa atau mi sup, pastikan anda ikat semula plastik kuah tu. Selepas dah ikat kemas semua plastik kuah, barulah pergi buang dalam tong sampah.

"Kenapa saya cakap macam ni? Sebab kadang tu kita tak makan habis kuah, jadi apabila kita campakkan ke dalam tong sampah, kuah tu akan berjejehan. Tong sampah yang pada awalnya kering habis basah bersepah.

Selama ni saya ambil remeh je, sekarang baru nampak akibatnya kalau main buang je dalam tong sampah.

WARGA MAYA

"Kesian tukang cuci nanti terpaksa bersihkan. Lagi menyusahkan apabila cleaner nak angkat keluar plastik sampah, tiba-tiba ada kuah yang meleleh pula, kan renyah jadinya. Itu belum saya masuk soal bau," jelas Tehyeish.

Tambah Tehyeish lagi, dengan cara ini, plastik tong sampah tersebut akan kekal kering sehingga tiba ke tapak pelupusan.

"Apabila plastik sampah kering, maka tiadalah masalah air busuk keluar daripada tong besar atau lori sampah, barulah persekitaran kita menjadi bersih secara keseluruhannya.

"Benda ni kita harus mulakan sendiri dari rumah, mudah je. Walaupun sekadar perubahan kecil tapi besar impaknya. Ayuh kita amalkan," jelas Tehyeish.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian tersebut yang memberikan kesedaran dalam diri.

"Allahu, barulah saya tahu. Selama ni saya ambil remeh je benda begini, sekarang baru nampak akibatnya kalau main buang je dalam tong sampah.

"Saya pula biasanya kalau kuah makanan tak habis atau sebarang jenis cecair lain, saya akan buang dulu ke dalam singki. Lepas tu baru ikat dan campak ke dalam tong sampah.

"Kita mudahkan urusan orang lain, Insya-Allah hidup kita akan dipermudahkan," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain