suria

Isteri hamil mengidam duduk ‘kerusi khas’, suami ‘kerek’ arahkan pelanggan wanita dan anak tukar tempat lain

Huzaifah menceritakan pengalamannya berdepan wanita hamil. -Gambar hiasan (kiri)

MENGIDAM untuk makan sesuatu yang pelik dan tidak masuk akal cukup sinonim dengan golongan ibu mengandung.

Namun, seorang wanita, Huzaifah Zolkepli menganggap pengalamannya berdepan dengan seorang ibu hamil yang mengidam ketika mereka sama-sama berada di sebuah gerai sebagai 'merepek'.

Bercerita mengenai kejadian itu, dia bersama anak kecilnya sudah duduk di meja makan lebih awal sambil menunggu pesanan tiba.

Tangkap layar video ketika Huzaifah menceritakan pengalamannya.

Dia kemudian dihampiri oleh seorang lelaki yang meminta untuk duduk di meja diduduki Huzaifah dengan alasan isterinya sedang hamil.

"Suami dia datang dan tanya saya nak duduk sini ke? (Jawab) Memang, kenapa? Suami dia cakap isteri tengah mengandung... mengidam sangat nak duduk sini.

"Saya pun cakap tapi tempat lain banyak kan sebab masa tu saya sudah letak baby chair untuk anak. Jadi saya rasa menjengkelkan untuk angkat dan pindahkan anak ke tempat lain, tapi boleh je saya nak pindah.

ARTIKEL BERKAITAN: Permintaan pelik! Isteri hamil mengidam pegang pinggang abang askar, suami jadi ‘pak turut’

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengidam putu mayam tapi ada banyak ‘kriteria’, netizen ajar suami ‘tipu’ kalau gagal penuhi syarat

"Saya tanya memang kena duduk sini ke? Memang buat tempahan ke sebab ingatkan tak sengaja duduk dekat meja dia tempah. Tapi bila fikir balik ni kedai kampung je, awak tempah 'celah' mana," ujarnya.

Lelaki itu kemudian memberitahu bahawa isterinya memang sentiasa duduk di kerusi yang diduduki wanita berkenaan setiap kali berkunjung ke gerai makan itu, yang tidak didedahkan lokasinya.

Tambah lelaki itu lagi, pada hari kejadian, isterinya memang mengidam untuk makan roti canai sambil duduk di tempat sama.

Huzaifah bagaimanapun enggan berganjak dari tempat duduknya kerana berpendapat alasan tersebut tidak masuk akal dan cara pasangan itu memintanya bangun dianggap tidak sopan.

Saya jenis boleh bertolak ansur kalau minta betul-betul dan elok. Saya bagi ye.

HUZAIFAH

"Dia nampak je saya macam tak nak bangun. Memanglah saya rasa 'apa benda awak ni?' Lepas tu isteri dia datang dan terus duduk dekat meja tu tanpa bercakap apa-apa.

"Terus duduk! Masa tu saya dah mula rasa menjengkelkan. Saya jenis boleh bertolak ansur kalau minta betul-betul dan elok. Saya bagi ye.

"Tapi suami dia sangat kerek (berlagak) ye. Kak bini saya mengandung kot. Tolonglah bagi dia duduk dekat sini. Akak pergilah duduk tempat lain banyak lagi kan. Dia arahkan saya ye," ujarnya lagi.

Berdepan dengan pasangan suami isteri yang dianggap tidak beradab itu membuatkan Huzaifah terus membatalkan pesanan lalu beredar pergi dari warung berkenaan.

"Disebabkan bawa anak bersama, saya malas nak keluarkan kata-kata kesat dan agak kurang mendapat pendidikan... saya cuma bangun.

"Tapi masa bangun tu saya angkat anak, saya cakap dekat mereka Ya Allah minta-mintalah anak tak jadi macam perangai anda berdua. Memang teruk! saya cakap.

"Lepas tu saya bangun dan pergi dekat orang yang ambil order tu saya cakap dik cancel ya order tadi sebab akak tak nak makan dekat sini," ujarnya mengimbas kembali kejadian.

Komen netizen pada video.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen di TikTok yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan suami isteri itu menggunakan alasan hamil untuk kepentingan diri.

"Kalau saya tak bangun. Jawab balik mengidam ke mengada.

"Mengadanya. Kalau saya kan kak... lantak awak la mengandung ke nak beranak ke.

"Saya lagi naik angin akak putus asa macam tu je. Saya buat tak tahu je tak pun memang 'buat hal' masuk berita esok pagi," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain