suria

Anak arwah Aziz Desa terkilan dah tempah baju ribuan ringgit tapi anugerah batal saat akhir

Zhiddin mempersoalkan tentang anugerahnya yang digugurkan saat akhir kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

DIMAKLUMKAN bakal menerima anugerah atau pengiktirafan sejajar dengan kecemerlangan diri pastinya menggembirakan sesiapa sahaja.

Semestinya pelbagai persiapan akan dibuat bagi meraikan hari istimewa tersebut.

Seperti yang dilakukan anak muda ini, dia menempah busana tradisional masyarakat Melayu terdahulu yang lengkap dengan samping dan tengkolok berharga ribuan ringgit untuk dipakai pada Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023.

Zhiddin merupakan seorang anak muda yang berbakat.

Zhiddin merupakan seorang anak muda yang berbakat.

Namun malangnya, salah satu kategori yang didakwa sepatutnya menjadi miliknya digugurkan pada saat akhir.

Difahamkan, dua kategori yang digugurkan adalah Ikon Belia Influencer (Media Sosial) dan Ikon Belia Sanjungan Budi.

Meluahkan kesedihan di akaun TikTok, dia yang dikenali sebagai Zhiddin Aziz berkata, pembatalan tersebut dibuat kurang dari tempoh 24 jam selepas dia dimaklumkan.

“Saya ada terima undangan dari pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk menerima anugerah Ikon Belia Perdana yang dirasmikan oleh Menterinya, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri (Adam Adli).

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak penuhi kriteria punca anak arwah Aziz Desa tak naik pentas... Penganjur rahsia pemenang sebelum majlis

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dapat anugerah tertinggi di kolej tapi tak beritahu mak ayah, drama air mata di dewan konvo melarat sampai balik rumah

“Tapi kurang 24 jam dapat panggilan, mereka membatalkan anugerah kategori tersebut dan tiada sebarang penjelasan,” luahnya sayu.

Lebih menyedihkan apabila dia mendakwa sudah berjaya melepasi kesemua saringan yang ditetapkan dan berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir.

Cabaran yang dilalui itu membuatkannya dihubungi oleh pihak penganjur untuk hadir dan dinobatkan sebagai pemenang anugerah.

Aku faham perasaan kau dik, bukan isu anugerah yang kita hadap sangat tapi soal budi bicara dan bahasa.

WARGA MAYA

“Saya ni dah lalui bermacam peringkat dari saringan sehingga ke akhir, tempahan busana sehingga mencecah ribuan ringgit.

“Saya minta ibu doakan untuk kemenangan dan Alhamdulillah doa ibu termakbul kerana difahamkan, saya adalah pemenangnya tapi kemenangan saya dinafikan,” katanya yang merupakan seorang wartawan di sebuah stesen televisyen tempatan.

Meskipun menerima keputusan yang telah ditetapkan itu, dia yang merupakan anak pengacara tersohor dan juga ikon penyiaran Allahyarham Aziz Desa bagaimanapun berharap supaya pihak kementerian dapat memberi penjelasan tentang pengguguran kategori tersebut.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Bagaimanapun, pertemuannya dengan Hannah dan Adam selepas acara tersebut berlangsung di Putrajaya pada Sabtu tidak menemukan jawapan.

Menerusi klip video yang dikongsikan, kedua-dua individu berkenaan hanya menganggukkan kepala dan menyatakan 'okay' kepadanya.

“Mengapa kemenangan saya dinafikan? Untuk kementerian, saya tidak mahu menyalahkan tapi saya hanya mahu timbulkan satu persoalan.

"Saya dah tanya pada pihak kementerian,” tambahnya yang aktif menghasilkan pelbagai content di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 781,000 pengikut.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dan ditonton lebih 1.2 juta pelayar dengan kebanyakannya turut berasa hairan apabila anugerah tersebut digugurkan pada saat akhir.

Malah mereka turut menuntut supaya penganjur memberi penjelasan tentang perkara berkenaan.

“Aku faham perasaan kau dik, bukan isu anugerah yang kita hadap sangat tapi soal budi bicara dan bahasa.

“Faham perasaan saudara, setelah usaha demi usaha dan doa ibu tapi akhirnya kemenangan dinafikan tanpa alasan kukuh. Siapa yang tak kecewa macam tu.

“Boleh jadi buruk bagi kamu tetapi Allah maha tahu yang terbaik sedang menunggu kamu di hadapan. Stay strong okay,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain