suria

Mengejutkan ramai murid jujur luah emosi ketika program motivasi, tak tertanggung sedih mak ayah bercerai

Antara luahan murid yang menyertai program Muzikal Tazkirah.

HUBUNGAN kekeluargaan memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak terutama sekali mereka yang sedang membesar dan masih di bangku sekolah.

Meskipun sesetengah ibu bapa beranggapan perpisahan adalah jalan terbaik, namun ia sedikit sebanyak pasti memberi kesan negatif kepada anak-anak.

Seperti perkongsian pelayar TikTok Firdaus Mokhtar, realitinya kebanyakan kanak-kanak mangsa penceraian membuat luahan berkaitan kesedihan kerana tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapa.

Program Muzikal Tazkirah membantu kanak-kanak berfikir secara rasional.

Program Muzikal Tazkirah membantu kanak-kanak berfikir secara rasional.

“Saya teringin nak ada ibu ayah yang duduk bersama... saya cemburu dengan kawan-kawan. Mak ayah saya dah bercerai tiga tahun.

“Saya tak pernah ada kasih sayang dengan ibu dan ayah. Walaupun saya anak sulung, ibu dan ayah tak pernah ambil tahu pasal saya.

“Hati rasa sedih kerana ibu dan ayah selalu bergaduh.

ARTIKEL BERKAITAN: Masa kecil dibenci, mula sayang apabila dah besar berduit... Anak berdendam dengan ibu, rasa tak ikhlas ‘hulur’ setiap bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih rakam kesedihan, luahan emosi demi media sosial! Content mungkin dibuat mereka yang sepi, tak cukup kasih sayang

“Ya Allah, aku tidak mahu ibu ayah aku bergaduh. Hari-hari aku tidak merasai hidup gembira macam orang lain,” demikian antara luahan murid berusia 11 hingga 12 tahun.

Menceritakan situasi tersebut kepada mStar, Firdaus Mokhtar yang merupakan pakar motivasi dan penulis buku berkata, luahan tersebut diperoleh selepas setiap murid diminta menulis surat yang menceritakan tentang perasaan mereka.

Aktiviti itu dibuat menerusi program Muzikal Tazkirah, yang mana murid yang terlibat akan diberi tazkirah bagi membentuk sahsiah diri mereka.

Apabila mak ayah dah tua, mereka nak anak-anak rapat dan ada bersama mereka. Tapi mereka lupa apa yang mereka buat tu sampai tak boleh luah.

WARGA MAYA

“Program ini dah ada sejak 2017. Kami akan turun ke sekolah, memberi motivasi fokus kepada pembinaan sahsiah dan antara pengisiannya adalah tazkirah serta muzikal seperti persembahan nyanyian lagu nasyid.

“Biasanya dalam Muzikal Tazkirah akan bawa pelajar untuk bersyukur terutama tentang rezeki kehidupan serta rezeki masih mempunyai ayah dan ibu,” katanya.

Dia yang berpengalaman selama 18 tahun turut memberi gambaran kepada para peserta tentang peranan dan penat lelah ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.

Firdarus Mokhtar (kanan) bersama rakannya Abu Hurairah.

Firdarus Mokhtar (kanan) bersama rakannya Abu Hurairah.

Pada masa sama dia turut menceritakan setiap ibu bapa mempunyai ujian mereka sendiri, begitu juga dengan anak-anak walaupun umur masih muda.

“Buktinya, apabila diminta tulis apa perasaan mereka, jujur mereka keluarkan apa yang mereka nampak dan rasa. Semuanya fokus kepada hal ibu dan ayah sendiri.

“Biasanya mereka tulis dalam keadaan sedih sebab terkenangkan ibu ayah mereka.

Warga maya turut berkongsi pengalaman mereka.

Warga maya turut berkongsi pengalaman mereka.

“Kita akan ambil beberapa luahan tersebut untuk dijadikan contoh dan membuat ulasan," tambahnya yang bergerak bersama rakan motivator Abu Hurairah Roslan.

Dalam sesi ulasan, kebiasaannya murid akan diajar untuk merasionalkan cara berfikir.

Malah, berdasarkan respon daripada para guru, murid kelihatan lebih bermotivasi untuk berubah dan menjadi anak yang lebih baik untuk keluarga selepas sesi motivasi tersebut.

Terdahulu, perkongsiannya mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya meluahkan perkara sama dan berkongsi tentang kehidupan dalam keluarga berantakan.

“Saya anak sulung, depan mata tengok mak ayah gaduh. Arwah nenek buat mak macam tak wujud sebab bukan menantu pilihan.

“Mak ayah saya berpisah dan saya seorang saja anak mereka. Kemudian mereka berkahwin lain dan ada anak-anak sendiri... saya seperti menagih kasih sayang.

“Apabila mak ayah dah tua, mereka nak anak-anak rapat dan ada bersama mereka. Tapi mereka lupa apa yang mereka buat tu sampai tak boleh luah,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain