suria

Dah 2 bulan adik jauhkan diri, jijik dapat tahu kakak taat agama rupanya songsang - “Mak menangis sampai demam”

Ibu bapa pasti kecewa mendapat tahu anak mereka terlibat dalam gejala songsang. -Gambar hiasan

AIR yang dicincang tidak akan putus.

Perumpamaan ini menggambarkan persengketaan antara adik-beradik yang tidak kekal lama dan akhirnya mereka akan berbaik semula.

Namun, seorang individu meluahkan kebimbangan sekiranya keretakan hubungan antara dia dan kakaknya akan berpanjangan dalam tempoh yang lama.

les 2

Hubungan LGBT turut berlaku di Malaysia meskipun ia bertentangan dengan undang-undang negara. -Gambar hiasan

Enggan mendedahkan identitinya, individu itu memilih platform Twitter untuk berkongsi tentang kakaknya yang didakwa menjalinkan hubungan dengan rakan sama jantina.

"Saya nak meluah sesuatu. Saya dapat tahu bahawa kakak saya lesbian. Dia bercinta dengan kawan semeja saya semasa saya sekolah menengah," ujarnya memulakan luahan.

Menurut individu itu, kakaknya tidak pernah berperangai buruk sepanjang mereka membesar bersama-sama, malah digambarkan sebagai seseorang yang taat kepada agama.

Sekarang mak saya dah tahu, menangis sampai demam.

PENGADU

"Kakak saya tak pernah bermalam luar selama ni, sebab dia memang tak suka bermalam dekat luar kecuali rumah saudara mara.

"Betullah orang kata, kita tak boleh mudah menghakimi orang tu dari luaran. Kakak saya sangat menjaga solat, tahajud, baca al-Quran selepas solat semua. Tapi kenapa dia boleh jadi macam tu?" katanya lagi.

Menurut pengadu, kakaknya mula berasa pelik apabila dia mula menjauhkan diri dan mereka sudah tidak bertegur-sapa sejak dua bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas lesbian nak kahwin tapi bakal tunang pula ungkit cerita lama... Paling kecewa siap halang berkawan dengan ex-kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pujuk suami kahwin lagi! Patutlah sporting benar madu tinggal serumah, tidur sebilik... Rupanya lesbian

Dia juga turut mendedahkan hal itu kepada ibunya kerana sudah tidak tahan menyimpan rahsia yang dianggap jijik dan memalukan.

"Saya rasa jijik sangat tengok kakak sendiri. Dia tak tahu yang saya tahu rahsianya. Kantoi sebab saya cari Twitter 'lesbo' dia. Ya Allah pegang tangan, peluk semua.

"Dengan adik sendiri pun tak buat macam tu. Sekarang dah dua bulan kami tak bertegur walau satu rumah. Dia ada tanya kenapa saya tak bertegur dengan dia. Saya buat bodoh je. Kakak saya baik sangat tapi kenapa sampai macam ni? Saya tak boleh terima.

"Sekarang mak saya dah tahu, menangis sampai demam. Tu pun tahu lepas mak saya deep talk dengan mak saya, kenapa tak bertegur dengan kakak. Sumpah saya jijik nak tengok kakak sendiri," luahnya lagi.

les 3

Wanita yang mempunyai nafsu dan kecenderungan terhadap kaum sejenis digelar sebagai lesbian. - Gambar hiasan

Cerita itu dikongsi menerusi laman X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) @twtsecretsmy yang banyak menghimpunkan luahan-luahan hati tanpa mendedahkan identiti pengadu.

Menjengah ruangan komen, beberapa netizen memberi nasihat kepada individu itu agar tidak mengambil pendekatan membenci, sebaliknya perlu membimbing kakaknya keluar daripada gejala songsang itu.

"Bagi saya, jangan terus jijik dengan dia, Manusia tak lari melakukan kesilapan. Sebagai keluarga, awak patut berbincang mendalam dengannya.

"Dia masih kakak awak walau apa berlaku. Awak patut memahami dan cuba bercakap dengannya. Jangan hakimi dan dedahkan tanpa kerelaannya," ujar netizen.

Sebagai peringatan, budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan hanya bertentangan dengan agama, moral dan budaya Malaysia malah turut bertentangan dengan undang-undang negara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain