suria

Campak-campak dah siap! Tak perlu tunggu mak, kini semua orang boleh memasak... ramai hargai idea peniaga jual set bahan mentah

Bahan mentah untuk setiap jenis masakan diletak di dalam talam.

PERNAHKAH anda terutamanya kaum Adam berasa kekok untuk masuk dapur kerana kurang mahir dengan selok-belok masakan?

Bagi mereka yang jarang-jarang masuk dapur, resepi hidangan ringkas pun akan dianggap sebagai rumit dan tidak mampu dimasak dengan betul.

Bagaimanapun, masalah ini tidak perlu lagi menjadi kerisauan kerana sebuah pasar pagi di Teluk Intan, Perak menyediakan jalan penyelesaian mudah untuk semua lapisan masyarakat tak kira umur atau jantina.

Ciapan asal di laman Twitter.

Mana tidaknya, gerai di pasar tersebut menjual produk jualan berupa set lengkap bahan mentah sekali gus memberi idea dan cadangan masakan untuk pembeli.

Set bahan mentah tersebut diletakkan di dalam talam dan dipamerkan supaya pembeli dapat memilih menu mengikut cita rasa dan apa yang pasti dapat memudahkan mereka untuk memasak.

Misalnya untuk talam yang tertera juadah set kari, dapat dilhat bahan mentah yang diletakkan bersama adalah ayam, ikan, bawang merah, cili merah, santan kotak, ubi kentang dan pes kari. Turut disertakan adalah sayur kailan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak tengok ibu muda dukung anak berniaga pasar malam... Paling sedih untung tak seberapa, tapi pelanggan asyik minta diskaun

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dari dunia korporat, wanita kini bahagia jual ayam di pasar! Dua minggu kerja dah tahu ‘cara potong’, tak hutang masa dengan keluarga

Kesemuanya adalah bahan yang diperlukan untuk menyempurnakan masakan tersebut dengan sayur menjadi pelengkap.

Dengan adanya jualan seperti ini, pembeli tidak perlu lagi menghabiskan masa meronda di sekitar pasar demi mencari bahan tertentu dari gerai berbeza.

Bagi set sup ayam pula, bahan mentah seperti kangkung, daun saderi, bunga kubis, limau kasturi, lobak merah, ubi kentang, tomato dan bawang merah disertakan.

Set 'shellout' berharga RM20

Beralih ke set siakap, bahan mentah yang menjadi kemestian sudah tentulah ikan siakap berserta bunga kobis, cili merah, kailan, lobak merah, ayam dan telur.

Selain itu, harga yang dipaparkan juga adalah sangat berpatutan berkemungkinan kerana ia dijual secara set.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berasa kagum dengan konsep penjualan set tersebut kerana ia memudahkan orang ramai untuk memasak, sama ada yang sudah mahir atau sebaliknya.

"Macam ni aku yang lelaki bujang pun seronok pergi pasar. Dekat situ baru decide nak masak apa.

RM20 untuk set sup ayam.

"Sangat memudahkan kita untuk memasak sendiri, tak ada la kita nak kena tunggu parents atau kawan-kawan yang pakar guide kita satu-persatu barang apa nak kena beli.

"Kalau ada konsep macam ni dekat tempat aku memang mudah, tak perlu nak brainstorm otak masak apa, just tengok dan ambil je talam mana yang kena dengan selera kita.

"Senang terus one stop boleh dapat apa yang kita nak untuk masak, tak ada la nak masak sup tetiba terlupa beli daun sup ke sebab semua dah ada dalam satu set," ujar sebahagian warga maya.

Netizen lain pula meminta idea itu untuk dikembangkan ke seluruh pasar di serata negara kerana ia memudahkan proses gerak kerja seorang pembeli.

"Tolong ada cepat dekat negeri aku konsep ni, murah sangat.

"Rasa macam nak pindah settle down dekat Teluk Intan sekarang juga kalau begini rupa pasar diaorang," demikian kata sebilangan netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain