suria

Selamba makan sisa pelanggan, lelaki ini berselera jamah kentang goreng tak habis... Ramai puji, elak amalan membazir

Lelaki ini menjamah makanan yang tidak dihabiskan pelanggan.

INDIVIDU yang tidak pernah bekerja di sektor perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) sudah pasti berasa pelik dan geli dengan kelakuan mereka yang makan lebihan makanan pelanggan.

Ini kerana lebihan makanan terutamanya daripada pinggan yang dimakan kebiasaannya dianggap sebagai sisa.

Namun begitu, ia berbeza bagi pemilik akaun TikTok @lexsparkvintagestore apabila berkongsi video dia menikmati kentang goreng yang dipercayai lebihan makanan pelanggan di singki sebuah restoran.

“Sedihnya aku melihat kamu.

“Nikmatnya makan makanan pelanggan, siapa biasa buat begini?” katanya dalam video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Pemandangan rare’ di restoran! Pelanggan susun rapi pinggan kotor, sisa makanan letak tepi... tinggal tak tolong basuh je

ARTIKEL BERKAITAN: Syok ‘berkampung’ di McD, siapa bising kena jeling! Pelanggan bengang geng pelajar study di restoran tapi mahu suasana sepi

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Muizz itu lagi, bagaimanapun dia akan memerhatikan terlebih dahulu gelagat pelanggan ketika di meja makan sebelum bertindak menghabiskan sisa yang ditinggalkan sekiranya ada dan sesuai.

Di ruangan komen, lelaki yang kini aktif menjual baju terpakai itu berkata mereka yang meninggalkan lebihan makanan merupakan orang yang berduit.

Mengambil pendirian tidak suka membazir, lelaki itu enggan mengendahkan telahan segelintir netizen bahawa kemungkinan makanan yang tidak dihabiskan itu adalah sisa yang terjatuh daripada pinggan sebelum dikutip semula.

Ramai berkata ia perkara normal jika bekerja di kedai makan.

“Orang tua cakap makanan yang jatuh itu bagus, mereka kata itu makanan yang syaitan tolak,” ujarnya.

Namun di sebalik tanggapan negatif itu, sebenarnya lebih ramai pengguna TikTok yang memuji sifat lelaki itu yang tidak membuang sisa makanan tersebut untuk elakkan pembaziran yang berlaku di kedai makan.

“Baguslah begini. Allah tak suka hambanya membazir.

Makanan yang tidak disentuh itulah yang saya akan makan... bukannya miskin, tapi tak suka tengok terbiar.

Netizen

“Selagi tak kotor boleh sahaja makan, daripada buang, membazir sahaja.

“Betul, saya rasa geram tengok pelanggan yang tak habiskan makanan, jadi, apa lagi? Makan sahajalah,” ujar seorang netizen.

Selain video ini, Muizz juga ada memuat naik video-video lain yang menunjukkan dia mengemas meja makan pelanggan dan kemudian dia ambil sosej yang dibiarkan untuk dimakan.

Video yang dimuat naik melalui akaun TikTok tersebut meraih 440,000 tontonan dan 21,000 tanda suka.

Antara komen netizen di TikTok.

Rata-rata netizen turut berkongsi cerita tentang pengalaman mereka yang hampir sama dengan pemilik akaun tersebut.

“Kerja hotel lagi seronok. Melantak udang goreng nestum, ayam barbeku madu, nasi lemak dan nasi goreng. Lebih-lebih lagi semasa sarapan pagi.

“Bagi yang mempunyai pengalaman sahaja akan tahu. Biasanya, kedai western kalau dapat bebola daging dah kira sangat beruntung. Boleh sahaja masak sendiri tetapi yang pelanggan punya lagi sedap.

“Teringat kerja di kedai piza dahulu. Pelanggan makan tak habis dan aku sedang lapar. Apa lagi, saya pergi makan di dapur.

“Walaupun mereka dah bayar, tapi saya sayang tengok orang tinggalkan makanan.

“Makanan yang tidak disentuh itulah yang saya akan makan. Bukannya miskin, tapi tak suka tengok makanan terbiar,” demikian komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain