suria

Bertuahnya Mawla Muhammad, ada orang tolong kupas kulit udang... Ramai ambil peluang dekati individu dakwa keturunan Rasulullah

Video seorang lelaki sedang mengupas kulit udang untuk Mawla tular di media sosial.

KEHADIRAN seorang lelaki ke Malaysia yang mendakwa dia merupakan keturunan ke-38 Nabi Muhammad meraih perhatian orang ramai.

Dalam satu rakaman tular, Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang berasal dari Maghribi dilihat sedang berada dalam satu majlis sambil dikerumuni tetamu yang hadir.

Berpeluang untuk bertentang mata dengannya, seorang lelaki yang sedang mendukung bayi tidak melepaskan peluang untuk merakam swafoto bersama individu berkenaan.

Paling mencuri tumpuan tentunya aksi seorang lagi lelaki berserban sedang mengupas kulit udang untuk Mawla.

Video itu dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Daisy Rose dengan kapsyen 'Ya Habibi' sehingga meraih 1.8 juta tontonan.

Rasanya dia tak nak orang kupaskan, tapi orang mengada-ngada nak ambil berkat sampai nak kupaskan.

NETIZEN

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen mengenai layanan istimewa yang diberikan kepada Mawla.

"Untunglah nak makan udang pun ada yang tolong buangkan kulit.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir majlis sanding ex-boyfriend, wanita anggap salam atas pelamin bukan isu - “Tiada masalah cemburu antara kami”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenal kat disko ke?” - Wow, majlis kahwin jadi kelab malam! Pengantin berhijab, suami asyik menari ramai-ramai siap ada DJ

"Rasanya dia tak nak orang kupaskan tapi orang mengada-ngada nak ambil berkat sampai nak kupaskan.

"Mawla nampak tak selesa di situ," tulis beberapa netizen.

habinb2

Seorang lelaki tak melepaskan peluang untuk merakam swafoto bersama Mawla.

Untuk rekod, nama Mawla tular selepas dia datang ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul.

Namun, kisahnya bertambah kecoh apabila program yang dirancang tidak mendapat kelulusan jabatan agama beberapa negeri seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan, sehingga ia terpaksa dibatalkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain