suria

Gadis pakai skirt pendek ‘ride’ Yamaha R15 pusing Bukit Bintang bikin ramai bimbang... Rupanya nak hilangkan stres lepas putus cinta!

Kata Yim, dia menerima segala teguran netizen dengan hati terbuka. Foto: Slevin Kelevra

BUKAN biasa-biasa!

Begitulah kisah mengenai seorang gadis yang gemar menunggang motosikal sehingga video-video miliknya tular di media sosial.

Dikenali sebagai Yim Ahmeng, 22, gadis dari Kuala Lumpur itu meminati dunia permotoran sejak kecil lagi sehingga ia turut menjadi sebahagian daripada kerjayanya hari ini.

"Saya minat motor sejak kecil lagi sebab ayah dan mak pun 'main' motor. Sampai satu tahap saya rasa nak bawa motor besar ke sekolah. Saya belajar bawa motor curi-curi tanpa pengetahuan ayah ketika tingkatan tiga.

"Kemudian masa umur 18, saya tak sambung belajar tapi saya terus kerja. Dalam tiga ke empat bulan simpan duit, saya terus beli motor Ysuku. Masa Januari tahun lepas, saya beli pula sport bike model Yamaha R15 V3.

"Kini, saya bekerja di kedai motor. Sebab tu juga saya banyak kongsi video mengenai motor. Pada masa sama, saya juga dealer topi keledar," ujarnya kepada mStar.

yim4

Yim akui dia minat motosikal sejak zaman sekolah lagi.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia permotoran, dia yang senang disapa Yim turut berdepan beberapa kejadian malang, namun hatinya tetap kental untuk meneruskan hobi berkenan.

"Saya pernah alami kemalangan ketika layan corner di Kuala Kelawang, Negeri Sembilan. Cedera teruk darpada parasi pinggang sampai kaki. Walaupun kemalangan, saya tak takut tapi jadi lagi berani.

"Sebelum ini saya juga pernah beberapa kali kemalangan dan kena langgar. Tapi setakat ini tak pernah alami kecederaan sampai patah tulang," ujar Yim sambil menambah dia kini sedang berusaha untuk memiliki motosikal Ducati Panigale V4 yang diidam-idamkannya.

Bila orang tegur mengenai pakaian, saya tak nak lawan sebaliknya kena terima teguran.

YIM AHMENG

Menurut Yim, dia juga seronok meluncur laju di atas jalan raya yang mana detik mencabar adrenalin itu dianggap sebagai terapi buatnya bagi menghilangkan tekanan perasaan.

Dedah Yim, dia sebelum ini terpaksa melupakan hobi itu seketika kerana tidak mendapat sokongan bekas teman lelaki, namun kini kembali aktif selepas kecundang dalam percintaan.

"Saya bawa motor laju sebab nak kurangkan stres. Apabila laju, jadi lupa masalah sekejap. Dulu bekas teman lelaki tak support saya main motor. Setahun saya tinggalkan hobi ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha spa jiwa kental! Umur 12 tahun dah tunggang motor, tak serik 2 kali kemalangan... kini bangga ada 4 motosikal!

ARTIKEL BERKAITAN: Jiwa rider saja faham mengapa pemuda ini menangis lepas kemalangan, bukan sakit tapi risau nampak cik tunang terbaring atas jalan

"Apabila dah single, saya mula balik main motor. Saya biasanya akan ride dengan perempuan secara berkumpulan," ujarnya yang memiliki lebih 100,000 pengikut di laman TikTok.

Dalam pada itu, salah satu video di TikTok, memaparkan Yim menunggang motosikal sambil memakai dress singkat di kawasan Bukit Bintang turut mengundang teguran segelintir netizen.

Kata Yim, dia enggan melatah sebaliknya melihat segala teguran dari sudut positif untuk memperbaiki dirinya pada masa akan datang.

y1

Tangkap layar video yang tular di TikTok. Foto: Slevin Kelevra

"Ada yang tegur pakaian saya. Sebenarnya ketika itu saya pergi ambil barang, tak tahu ada orang shoot video saya. Ianya dirakam secara spontan. Selepas dapat video, saya kongsi di TikTok saya.

"Pada saya, apabila orang tegur mengenai pakaian, saya tak nak lawan sebaliknya saya kena terima teguran. Betul apa yang mereka tegur. Kalau kemalangan, memang risiko kepada saya sebab pakai begitu. Saya sedar kesalahan saya.

"Pada masa sama, ramai yang beri komen sokongan kepada saya. Terima kasih kepada mereka yang ambil kisah mengenai saya. Tegur dengan cara baik, bukan dengan cara hina atau jatuhkan maruah saya," ujarnya positif.

yim2

Motosikal kesayangan gadis itu.

Penangan video tular turut membuka pintu rezeki sehingga ada yang hadir ke kedai tempat Yim bekerja untuk membeli motosikal.

Malah kata Yim, ramai kaum Hawa turut meluahkan hasrat mereka untuk memiliki motosikal model yang sama dengannya.

"Content video ini saya buat suka-suka je, kemudian tiba-tiba viral. Saya juga tak ada niat nak buat marketing, tapi saya anggap ia macam rezeki.

yim3

Yim pernah kemalangan namun dia tak serik untuk meneruskan hobinya.

"Selepas video viral, ramai customer perempuan nak cari motor sama macam saya. Memang ada dapat pelanggan dari TikTok. Ada yang walk in ke kedai, mereka tunjuk video saya sebagai rujukan.

"Saya juga terbuka untuk berkongsi ilmu dengan perempuan yang berminat untuk main motor," ujar Yim yang turut berhasrat menjadi pelumba suatu masa nanti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain