suria

Hadir majlis sanding ex-boyfriend, wanita anggap salam atas pelamin bukan isu - “Tiada masalah cemburu antara kami”

Zira hadir ke majlis bersanding bekas kekasihnya.

HUBUNGAN yang dibina empat tahun lalu berakhir dengan perpisahan.

Menurut Zira Hazmi, 32, dia memutuskan untuk meneruskan hidup dengan membawa haluan sendiri setelah tiada lagi keserasian dengan teman lelaki.

Kini, bekas kekasihnya sudah pun berkahwin dan dia sendiri hadir ke majlis perkahwinan itu atas jemputan pasangan mempelai.

“Saya dapat kad jemputan daripada dia (bekas kekasih). Masa baca kad tu saya rasa tenang, gembira dan reda.

“Waktu tu saya cuma fikirkan bahawa orang yang saya sayang sebelum ni dah jumpa kebahagiaan dan serasi dengan dia... boleh jaga dia sampai akhir hayat.

“Dulu masa kami jadi pasangan memang tak serasi dan asyik salah faham sampai semua benda serba tak kena. Jadi kami putuskan hubungan dengan cara baik dan matang. Saya anggap dia bukan jodoh,” ujar Zira.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih bekas kekasih jadi calon suami, wanita ini akhirnya berani bertunang selepas 14 tahun kenal... Ibu pun main peranan!

ARTIKEL BERKAITAN: Hati kental datang kenduri kahwin bekas awek, sekali suaminya buat isyarat jari - “Saya OK je...”

Selepas akur dengan takdir perpisahan, mereka berdua tetap berkawan, malah menurut Zira lelaki itu menjadi sahabat yang lebih baik.

Malah hubungan baik mereka juga tidak menjadi isu atau masalah bagi kekasih baharu pemuda berkenaan.

“Lepas berpisah dulu, setahun kami tak jumpa. Memang tak ada sebarang komunikasi langsung antara kami.

“Walaupun berat nak terima kenyataan, saya sibukkan diri dengan kerjaya. Kami berjumpa balik lepas tu pun atas urusan melibatkan kerja saja.

“Lepas tu hubungan kami lebih rapat tapi dia dah ada orang lain iaitu isteri dia sekarang,” imbas Zira sambil menambah

Zira hadir ke majlis persandingan bekas kekasihnya pada 27 Ogos lalu.

Bercerita mengenai majlis yang berlangsung pada 27 Ogos lalu, Zira berkata dia hadir hari bersama sepupunya.

“Saya datang ke majlis tu okay saja. Saya tak sempat ambil gambar. Cuma ada minta sepupu ambilkan video saja," katanya.

Video itu kemudian dikongsi di TikTok dengan kapsyen: Okay move on, bukan jodoh. Team single hadir.

Masalah cemburu tu dah tak ada antara kami sebab kami memang sudah jadi kawan.

ZIRA

Tambah Zira, tindakan bersalaman dan pengantin lelaki mencium tangannya juga tidak seharusnya menjadi isu kerana masing-masing sudah 'move on' dan mempunyai kehidupan masing-masing.

"Isteri dia memang kenal saya. Dia tahu cerita mengenai kami sebelum ni jadi tak ada masalah pun.

“Masalah cemburu tu dah tak ada antara kami sebab kami memang sudah jadi kawan. Saya sangat rapat pun dengan kedua-dua mereka,” ujar Zira lagi.

Berikutan video itu yang viral, beberapa netizen memberikan kata-kata semangat agar Zira lebih kuat selepas ini.

Walaupun sudah lama berpisah, Zira masih mengekalkan status bujangnya sehingga kini.

Baginya yang kini bekerja dalam bidang insurans, kesibukan mencari rezeki membuatkan dia lebih selesa untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya.

Zira merupakan Pengurus Agensi bidang perlindungan takaful, AIA.

“Masa jumpa bekas kekasih atas pelamin dia ada ucap terima kasih sebab hadir dan tahniah atas kejayaan saya dalam bidang diceburi.

“Pesanan saya untuk wanita di luar sana, apa pun terjadi dalam kehidupan atau percintaan kita kena kuat. Kita kena terima takdir yang Allah dah susun baik untuk kita.

“Kepada semua yang sedang mencari peluang kerjaya, boleh cuba untuk bina empayar masa depan contohnya jadi perunding takaful macam saya,” katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain