suria

Sambut ‘kembar’ dengan pelukan! Netizen kagum Fazura ‘humble’ layan wanita seiras... “Baik betul, patut la fans sayang dia”

Pertemuan singkat Elle dengan Fazura, tapi amat bermakna.

AKHIRNYA dapat jumpa 'kembar terpisah'!

Keputusan seorang wanita yang mirip pelakon Nur Fazura untuk menghadiri konsert Faztival Fazura 2022 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad malam, adalah sangat tepat.

Dia bukan sahaja terhibur dengan persembahan penyanyi-penyanyi hebat termasuk dari Indonesia, malah berpeluang untuk bersua muka dengan Fazura sendiri.

Berkongsi pengalaman manis, Ellya Farahanny Ridzuan berkata, Faztival Fazura 2022 merupakan konsert pertama yang dihadirinya.

jumpa fazura 3

Elle hadir memeriahkan konsert Faztival Fazura 2022. foto instagram shazwanfitri_photography

Hadir bersama suami, dia yang lebih mesra disapa Elle turut memeriahkan konsert yang berlangsung selama tiga jam itu bersama beberapa pengikutnya di aplikasi TikTok.

"Itu adalah pertama kali saya datang ke konsert. Persembahan daripada semua artis sangat okay, dengan sistem bunyi yang bagus. Saya benar-benar terhibur.

"Sebenarnya saya tidak dijanjikan untuk berjumpa dengan Fazura pun, tapi sudah tentu saya mahu berjumpa dengan Fazura sekiranya diberikan peluang," katanya kepada mStar.

jumpa fazura 2

Elle (tengah) bersama pengikutnya dari aplikasi TikTok. foto instagram shazwanfitri_photography

Namun panggilan daripada pasukan yang bekerja dengan Fazura ternyata membuka peluang untuk menemui pelakon yang pernah dilabel sebagai wanita Melayu paling cantik di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: "Hai kembar" - Wanita jadi perhatian kerana wajah, suara mirip Fazura... suami lega tak dipanggil Fattah Amin

"Saya memang keep in touch dengan team Fazura. Mereka kata ada peluang untuk jumpa Fazura selepas konsert.

"Konsert selesai sekitar pukul 12.20 tengah malam. Sekitar 1.30 pagi (Isnin), saya di luar Axiata Arena tunggu Fazura. Saya hanya cuba dan tak putus asa," ujar wanita berusia 20-an itu.

jumpa fazura 4

Elle terhibur dengan persembahan yang disajikan dalam Faztival Fazura. foto instagram shazwanfitri_photography

Menurut wanita yang berasal dari Batu Gajah, Perak itu, pertemuan singkat selama lima minit bersama Fazura merupakan saat yang tidak dapat dilupakan.

"Masa tu, Fazura cakap akhirnya jumpa. Saya tergamam sebab dia sangat cantik malam tu. Aura Fazura lain macam, tak terkata saya dibuatnya.

Aura Fazura lain macam, tak terkata saya dibuatnya.

ELLE

"Fazura sangat baik dan merendah diri. Saya puji dia macam princess, satu fenomena. Bagi saya malam tu adalah a night to remember," katanya dengan nada teruja.

Terdahulu, Elle menjadi perhatian di media sosial gara-gara wajahnya, malah suara dan gaya percakapannya dilihat mempunyai persamaan dengan penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu.

jumpa fazura 5

Elle menjadi perhatian kerana wajah, suara dan gaya percakapannya mirip Fazura.

Bersyukur kerana dianugerahkan wajah mirip Fazura, apa yang lebih membuatkan Elle terharu adalah keperibadian pelakon itu sendiri yang begitu disenangi.

"Saya sebenarnya dah plan kalau dapat jumpa Fazura, saya nak minta maaf dan tiada niat untuk menumpang popularitinya, tapi apabila dah jumpa terus tak terucap.

"Jujurnya saya bukan untuk meniru Fazura atau sesiapa pun. Saya hanya menjadi diri sendiri, tapi saya tahu ramai followers mengikuti saya kerana mirip wajah Fazura," katanya sambil menambah terpukau dengan persembahan kumpulan Ruffedge dan Mulan Jameela.

Bagi ibu kepada seorang cahaya mata lelaki itu, dia bagaimanapun tetap menghargai sokongan para pengikutnya di laman sosial.

"Ada followers minta saya berlakon di dalam video TikTok ikut babak ikonik dalam mana-mana filem lakonan Fazura. Tapi kena study dulu, dan saya akan cuba.

jumpa fazura 1

Elle (kanan) merakamkan kenangan bersama sebahagian pengikutnya. foto instagram shazwanfitri_photography

"Saya menghargai followers kerana merekalah membawa saya ke tahap ini. Jadi, saya cuba tunaikan permintaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu rata-rata netizen turut terharu dengan pertemuan berkenaan sambil memuji kedua-dua wanita tersebut.

"Baik betul Fazura ni, patut la fans sayang dia. Seriously memang sama muka korang seperti siblings.

"Wah finally dah jumpa kembar sendiri.

"So nice Fazura, sangat friendly walaupun baru jumpa. You are so lucky sis Elle," komen beberapa netizen.

Konsert Faztival Fazura menampilkan persembahan hebat daripada Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi, termasuk Mulan Jameela dan Ahmad Band serta Fazura sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain