suria

Teringin jadi gelandangan, lelaki ini buat ‘content’ selami nasib homeless... Tak sangka mat rempit orang pertama hulur burger

Helmi Juhari mencabar dirinya hidup sebagai gelandangan demi merasai kehidupan golongan terlibat.

GELANDANGAN merupakan isu universal yang dihadapi masyarakat dunia termasuk Malaysia.

Hakikatnya mereka terdiri daripada individu yang memerlukan bantuan kerana kebanyakannya berhadapan masalah seperti kesempitan hidup, kemiskinan bandar, konflik keluarga, gejala sosial, gangguan mental, penyalahgunaan dadah, sikap dan lain-lain.

Bagaimanapun terdapat segelintir anggota masyarakat yang berpandangan kehidupan sebagai gelandangan adalah lebih mudah kerana makan dan minum sentiasa tersedia selain tidak perlu bersusah payah mengerah kudrat mencari rezeki.

Seperti rakaman video tular baru-baru ini, seorang lelaki dikatakan cuba menyelami kehidupan golongan rentan terbabit di sekitar Georgetown, Pulau Pinang.

Dia turut menceritakan apa yang dilakukan sepanjang tempoh menyamar sebagai gelandangan selama satu hari.

Menurutnya yang dikenali sebagai Helmi Juhari, dia bermula dengan mengecas telefon bimbit di stesen minyak.

“Sengaja bawa RM2. Tapi sumpah menyesal sebab lapar sangat.

“Aku tidur di Lebuh Pantai sebab tiada hotel yang berharga RM2 untuk semalam.

“Tiba-tiba terdapat seorang lelaki menaiki motosikal menghulurkan burger dan air yang sudah diminum. Tapi aku ambil saja sebab sudah lapar,” ujarnya yang turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki terbabit.

Tidak disangka mat rempit menghulurkan makanan.

Tidak disangka mat rempit menghulurkan makanan.

Susulan pengalaman yang perit selama satu hari, dia menyatakan bahawa itu adalah kali terakhir untuknya melakukan perkara tersebut.

Malah katanya, kehidupan sebagai gelandangan tidak menarik kerana terpaksa berlapar, tidur dalam kesejukan, dan digigit nyamuk.

Selain itu, dia turut berkongsikan pengalaman diganggu anjing liar dan sebagainya.

Mengakui terkesan dengan situasi berkenaan, Helmi menasihati orang ramai supaya membantu golongan rentan jika bertemu dengan mereka.

Mungkin mat rempit tu beli burger dan air untuk diri sendiri tapi sebab kesian, dia sedekah kat abang ni.

NETIZEN

Eloran itu, video perkongsiannya yang dimuat naik di aplikasi TikTok menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini ia ditonton lebih 844,000 pelayar TikTok.

Rata-rata warganet memuji tindakan lelaki menaiki motosikal yang digelar ‘mat rempit’ kerana berusaha untuk bersedekah kepada golongan rentan walaupun diri dilihat serba kekurangan.

“Abe (abang) rempit pun rasanya tak ada duit nak beli air baru. Terima kasih abang rempit.

“Baik betul mat rempit tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun merempat, Pakcik Kasim kini tak boleh jual dadih pula!- “Kalau rasa ada orang tak selesa, dia pindah masjid lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal 5 anak dihalau suami! Merempat di masjid di Selangor sebelum tumpang homestay di Kedah berbekal RM100 - “Anak umur 14 tahun kerja tukang cuci”

“Mungkin mat rempit tu beli burger dan air untuk diri sendiri tapi sebab kesian, dia sedekah kat abang ni. Bagusnya!

Respect abang rempit.

"Depa (mereka) rempit, tapi hati mereka baik. Semoga murah rezeki mereka berdua,” ujar beberapa netizen yang tersentuh hati melihat kebaikan lelaki bermotor terbabit.

Menjengah lebih lanjut di ruangan komen, rupa-rupanya ramai yang mengakui pernah hidup sebagai gelandangan kerana kesempitan hidup.

Netizen meninggalkan pandangan masing-masing di ruangan komen.

Netizen meninggalkan pandangan masing-masing di ruangan komen.

Malah perkongsian mereka itu turut meruntun hati warganet yang lain.

“Saya pernah rasa dengan suami, mak dan bayi berusia empat bulan... saya pun tengah hamil. Ada duit pun RM10.

“Aku pernah bang... berbekalkan beg galas tapi masih bekerja. Balik kerja pening fikir nak tidur mana, jadi taman Jepun tepi masjid Seberang Jaya tempat dipilih.

“Akak pernah dengan tiga anak duduk bawah jambatan. Siang kerja, anak-anak pergi sekolah... gara-gara kena halau bilik, gaji ditolak hutang sebab pinjam semasa PKP anak sakit.

“Famili aku tidur kat dobi dengan tak cas telefon, duit pun tiada... minta tolong zakat tapi tak ada respons sampai mak aku menangis depan pejabat.

“Pernah jadi homeless... mandi kat Shell, masjid. Tidur dalam kereta sendiri, bersyukur sebab hidup ini mengajar aku.

“Saya pernah alami sewaktu bujang... tidur kat tangga, perut menahan lapar, minum air paip, mandi kat tandas,” luah beberapa netizen yang pernah melalui kehidupan sebagai gelandangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain