suria

“Jangan serius sangat tahulah askar” - Tercucuk telinga pengantin, MUA cuak tengok muka cik abang... Siap pantau sampai selesai mekap

Wajah pengantin lelaki ketika MUA tercucuk telinga isterinya.

"ABANG jangan serius sangat tahulah askar."

Begitulah kasyen ditulis pada video yang dimuat naik seorang jurusolek apabila melihat semula reaksi pengantin lelaki yang kelihatan seperti tidak puas hati dengan apa yang berlaku kepada isterinya ketika bersiap untuk majlis kahwin,

Menurut Biyla Sanipan, 29, ketika itu dia sedang menyiapkan pengantin perempuan dan mahu mencucuk jarum pada bahagian tudung tetapi tidak sengaja tercucuk pada telinganya, dalam kejadian pada 16 Julai.

"Hari Sabtu baru ni saya ada job make-up dekat Jengka, Pahang. Pengantin perempuan yang ambil saya sebagai mak andam untuk majlis bertandang tu adik kepada kawan saya.

"Nak dijadikan cerita, setiap kali lakukan kerja, saya akan rakam setiap proses dari awal sampai akhir siapkan pengantin untuk dijadikan content story dekat Instagram.

"Lepas siap solek pengantin, saya nak pakaikan tudung dekat dia. Masa tengah betulkan tudung dan nak pin, saya tercucuk jarum dekat telinga pengantin perempuan,” katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu terlopong pelamin runtuh, pengantin lelaki gugup fikir belum akad nikah... Reaksi tok kadi buat ‘mini love’ memang lucu!

ARTIKEL BERKAITAN: Saksi tepuk dahi, tetamu berdekah-dekah ketawa... Pengantin lelaki ‘confident’ nak bagi mas kahwin RM500 juta, gugup sampai 3 kali lafaz

Berikutan kejadian itu, dia yang senang disapa Byla berkata pengantin perempuan menjerit terkejut apabila jarum peniti terkena pada telinganya.

Bagaimanapun kata Byla yang menyediakan perkhidmatan solekan di sekitar Jerantut, Pahang ini, tiada sebarang kecederaan serius berlaku.

Namun, setelah melihat kembali video yang dirakamnya, ada satu perkara lain menjadi perhatian Byla yang sudah berkecimpung dalam bidang andaman lebih empat tahun ini iaitu ekspresi wajah pengantin lelaki ketika 'insiden' tercucuk jarum itu.

Byla merupakan MUA yang bekerja dalam bidang solekan lebih empat tahun.

"Lepas tercucuk tu pengantin menjerit kuat sebab sakit. Terkejutlah semua tetamu yang ada dekat situ. Kebetulan masa tu suami dia ada dekat belakang saya tengok isteri dia pakai tudung. Tapi saya masih tak tahu pasal reaksi dia tu.

"Sudah siap semua kerja, saya balik rumah. Masa dekat rumah tu saya buka video yang dirakam tadi dekat rumah pengantin. Bila tengok semula masa tu la baru saya perasan muka suami pengantin macam tak puas hati saja sebab tercucuk telinga isteri dia.

Pandangan mata dia tu buat kita jadi takut. Sebab tu dalam video saya muat naik tulis kapsyen macam tu. Selepas insiden tercucuk tu, suaminya perhati saja saya punya kerja sampai habis. Punyalah sayang isteri.

BIYLA SANIPAN

"Pandangan mata dia tu buat kita jadi takut. Sebab tu dalam video saya muat naik tulis kapsyen macam tu. Selepas insiden tercucuk tu, suaminya perhati saja saya punya kerja sampai habis. Punyalah sayang isteri," ujar Byla.

Susulan video yang dimuat naik sehingga meraih lebih 200,000 jumlah tontonan, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Bagaimanapun, jelas Byla, video tersebut dimuat naik kerana merasakan ia sebagai momen lucu dan menghiburkan dan bukanlah memalukan mana-mana pihak.

"Saya tak sangka video tu viral sebab niat saya saja-saja nak post sebab tengok video tu kelakar bila tengok balik ekspresi muka pengantin lelaki.

Pasangan pengantin yang menjadi tular.

"Pengantin pun tahu fasal video tu sebab keluar dekat fyp (for you page) mereka. Bab tercucuk jarum ni bagi saya normal saja masa buat kerja. Kalau terkena sikit, kadang kita tak perasan sebab kelam kabut.

"Tapi apa-apa pun saya syukur tak ada masalah besar terjadi lepas tu. Keluarga pengantin pun baik saja orangnya. Senang sangat nak berurusan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain