suria

Tengah sarapan, anak bongsu pula muntah selambak! Tindakan bapa dan 2 abang jadi perhatian pelanggan restoran

Insiden yang berlaku di depan mata membuatkan Rafiqha benar-benar kagum dengan empat beranak tersebut. Gambar hiasan

MENGENDALIKAN anak yang masih kecil sememangnya bukan satu tugas mudah bagi mereka yang bergelar ibu bapa.

Sama ada di rumah mahupun di luar, ada kalanya kerenah anak-anak di luar jangkaan atau kawalan sehingga boleh mencabar kesabaran.

Ada sesetengah ibu bapa yang tidak segan silu memarahi anak-anak di hadapan orang lain, kononnya bertujuan untuk memberi 'pengajaran'.

bapa 1

Seorang bapa perlu bijak mengawal situasi ketika anak mula 'membuat perangai'. Gambar hiasan.

Bagaimanapun, situasi yang disaksikan oleh wanita ini ketika seorang bapa mengendalikan anak kecilnya yang muntah di atas meja makan, cukup membuatkan dirinya kagum.

Berkongsi cerita di Twitter, wanita bernama Rafiqha Mustaffa berkata insiden tersebut berlaku baru-baru ini ketika dia sedang menikmati sarapan di sebuah restoran.

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang tak tenang, sebak dengar ibu mencarut, maki anak hampir 8 jam dalam bas ekspres! Gadis terpaksa minta polis tegur

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kalau jaga anak tak kreatif tak sah! Risau si ibu... bayi 4 bulan dalam carseat dibawa 'bersiar-siar', rupa-rupanya nak test control car

"Tengah sarapan duduk meja berhadapan dengan seorang bapa dengan tiga orang anak lelaki anggaran umur 12 tahun, lapan tahun dan tiga tahun.

"Tengah-tengah makan, anak kecil (tiga tahun) muntah selambak atas meja, kerusi dan lantai. Bapa terus dukung dan bawa bersihkan anak," kongsinya.

Bercerita lebih lanjut, Rafiqha berkata, dua orang anak kepada lelaki berkenaan tidak duduk sahaja di meja makan, sebaliknya mengambil peranan ketika si bapa menguruskan adik bongsu.

bapa 2

Didikan terbaik semestinya bermula dengan ibu bapa. Gambar hiasan.

"Yang paling besar pun terus bangun. Bangun pergi minta mop. Aku perhati saja dia berdiri minta mop dekat owner kedai lepas tu dia ke tandas.

"Waktu dia keluar balik nak ke meja ada muntah, bapa dia dah siap bersihkan yang paling kecil tadi. Tukar task. Bapa dia mop, dia ambil adik tu dukung dan jaga dengan seorang lagi," tulisnya.

Ujar wanita ini lagi, apa yang berlaku di hadapan mata itu benar-benar membuatkan dirinya kagum dengan empat beranak berkenaan lebih-lebih lagi tanpa si ibu ada bersama.

Bestnya isteri dia. Satu dalam seribu tau nak ada bapa yang seroang diri handle anak-anak. Belum tentu orang lain boleh buat macam abang ni.

NETIZEN

"Aku kagum. Kagum sebab bapa dia tak ada sekali pun marah si kecil termuntah dekat tempat awam. Si abang pula tahu tanggungjawab nak tolong apa patut. Aku kagum betul.

"Sangat bertenang. Kita tengok je macam wow!" tulisnya lagi.

Perkongsiannya di laman berkenaan meraih melebihi 8,900 ulang kicau selain meriah dengan komen netizen yang turut sama meluahkan rasa kagum dengan kisah tersebut.

"Bestnya isteri dia. Satu dalam seribu tau nak ada bapa yang seroang diri handle anak-anak. Belum tentu orang lain boleh buat macam abang ni.

komen muntah

Sebahagian daripada komen netizen yang turut mengagumi si bapa berkenaan.

"Selalunya lelaki ni kalau kena tinggal jaga anak-anak, dah entah apa-apa saja jadi. Kena biasakan dari awal untuk libatkan suami dalam urusan anak-anak dan kerja rumah.

"Ada juga ayah yang marah anak balik sebab muntah dekat public, dapat ayah yang macam ni memang bersyukur sangat.

"Semoga kami diberikan ketenangan dan kesabaran seperti ayah itu dan amat pasti ayah serta anak-anak dia di bawah lindungan dan keberkatan Tuhan," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain