suria

Lega tak payah sorok hidap ‘anxiety disorder’, gadis ini tak sangka ibu bapa faham... Siap ajak shopping bantu alih fikir bukan-bukan

Frina mula menghidap 'anxiety disorder' pada 2018. -Gambar hiasan

BUKAN mudah untuk seseorang yang sedang berdepan dengan isu kesihatan mental berkongsi masalah mereka dengan orang lain walaupun terhadap ibu bapa atau keluarga sendiri.

Salah satu faktor yang mendorong kepada situasi ini adalah disebabkan penerimaan negatif atau stigma tertentu terhadap orang sekeliling terhadap mereka.

Demikian juga dengan kisah gadis ini, di mana dia pernah melalui situasi sama sebelum mengumpul kekuatan untuk berterus terang dengan kedua-dua ibu bapanya.

frina 2

Frina berkongsi kisahnya menerusi bebenang di Twitter.

Hanya mahu dikenali sebagai Frina Azhar, gadis ini berkata dia mula berkongsi situasi yang dialami dengan ibu bapanya minggu lalu, dan ternyata respons yang diberikan kedua-duanya sememangnya di luar jangkaan.

"Masalah anxiety disorder dan panic attack sebenarnya mula menyerang pada 2018. Ada benda yang trigger, dan tiba- tiba rasa sesak nafas. Namun ia seperti on off, kebanyakan masa saya okey dan ada kalanya terkena serangan.

"Dalam tempoh itu saya struggle apabila ia menyerang. Saya hanya kongsikan dengan adik kerana rasa selesa dan dipercayai. Saya tak kongsi dengan orang lain takut mereka tak faham atau tak boleh terima.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pergi klinik swasta, tak beritahu mak ayah pun” - Gadis terbuka kongsi dirinya hidap masalah mental, terkejut ramai nak tahu cara jumpa pakar psikiatri

ARTIKEL BERKAITAN: Derita dalam senyap! Wanita dedah 2 jam tak sedar pukul diri sendiri, BF sampai lebam... titip pesanan elak jadi lebih parah

"Malah tahun lalu, saya ada perasaan nak bertemu dengan therapist tapi tak berkesempatan. Apabila saya rasa dah tak tahan, akhirnya saya kongsi dengan ibu bapa.

"Itupun saya ambil masa selama tiga bulan untuk berbuat demikian kerana takut kalau mereka tak boleh terima," ujar gadis berusia 21 tahun ini.

Berkongsi lebih lanjut, Frina berkata dia menceritakan situasi yang dihadapi kepada bapanya terlebih dahulu, sebelum melakukan perkara sama kepada ibunya dua hari kemudian.

mental 1

Frina bersyukur kerana kedua-dua ibu bapanya sangat menyokong selepas dia meluahkan masalah yang dihadapi.

"Masa tu ayah jemput saya pulang daripada kelas dan kami singgah makan di sebuah restoran. Ketika itu saya ambil peluang membuka cerita.

"Ayah macam terkejut sikit mula-mula, sebab dia tengok saya okey saja setiap hari. Kemudian, terus dia cadangkan satu therapist yang dikunjungi anak kepada rakannya. Ayah cakap 'why not try pergi situ?'.

"Ayah juga cakap kita handle sama-sama. Rasa nak menangis bila dapat respons macam tu daripada ayah.

"Dua hari kemudian, saya beritahu ibu ketika dia di bilik. Mula-mula ibu diam sekejap. Dia tanya macam mana saya rasa dan lain-lain, kemudian terus tanya 'nak shopping tak?'. Ibu cuba kaedah yang dia rasa dapat alih perkara negatif daripada fikiran saya," ujar anak sulung daripada enam adik beradik ini.

Lega sebab tak payah sorok dah. Kedua-duanya dah tahu dan boleh terima malah memberikan sokongan yang saya tak jangka.

FRINA AZHAR

Menurut Frina yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Perniagaan di sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di Selangor, beban di bahunya terasa ringan selepas berkongsi masalah dengan kedua-dua ibu bapanya.

"Lega sebab tak payah sorok dah. Kedua-duanya dah tahu dan boleh terima malah memberikan sokongan yang saya tak jangka," ujarnya yang menetap di Shah Alam.

Menurut Frina, dia sudah membuat temu janji dan bakal bertemu dengan ahli terapi yang dicadangkan oleh bapanya, minggu depan.

Terpanggil untuk berkongsi kisahnya di laman Twitter, Frina berkata dia mahu menyampaikan mesej positif di samping memberi kesedaran kepada orang lain berdasarkan pengalamannya sendiri.

frina 4

Antara komen-komen netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

"Kita tak boleh nampak penyakit ini. Saya tahu agak susah bagi sesetengah orang untuk faham. Apapun, bagi yang alami situasi sama, ketahuilah bahawa kamu tak lemah.

"Jangan segan untuk dapatkan bantuan... anda sebenarnya cukup berani kerana bersedia keluar. Solat dan Al-Quran juga membantu, tapi apa salahnya cuba juga dapatkan bantuan tambahan.

"Buat ibu bapa pula, kalau perasan ada benda tak kena kepada anak anda, jangan terus sergah. Seeloknya duduk dan tanya masalah dan buat anak-anak selesa untuk berkongsi," katanya lagi.

Sehingga kini perkongsian Frina di Twitter meraih lebih 5,000 retweet.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!