suria

Sayu tengok pelajar tertidur dalam kelas sebab malam sibuk jaga anak! Ramai doa yang baik-baik untuk mama muda

Video dikongsi gadis itu meraih hampir setengah juta tontonan di TikTok.

BILA kau bergelar ibu terlalu awal.

Demikian kapsyen sebuah video TikTok, memaparkan seorang pelajar sekolah menengah yang sedang tidur di dalam kelas.

Dalam video yang turut disertakan tanda pagar #mamamuda itu, dia turut berkongsi beberapa gambar bayi seolah-olah menunjukkan si comel itu anaknya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja syif malam, naik motor pula! Sayu lihat ibu muda bawa anak usia 9 bulan cari rezeki... tak semua bos OK, hanya ‘mak-mak’ yang faham

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu ‘berat’ nak jaga bayi dari Yala, kini ibu muda tanggung rindu terpaksa berpisah! Sayang macam anak sendiri, hakikatnya milik orang lain

Kapsyen serta gambar yang dikongsi menerusi video itu ternyata menimbulkan teka-teki dalam kalangan netizen.

Malah, ramai yang tertanya-tanya sekiranya pelajar itu benar-benar sudah bersalin atau ia sekadar content TikTok semata-mata.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen turut memberi nasihat, tak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama bergelar ibu pada usia muda.

mamamuda1

Tangkapan skrin menunjukkan pelajar perempuan itu bersama seorang bayi.

"Dah lah, penat adik ni (pemilik video) nak menjawab. Doakan yang baik-baik je untuk dia dan anak tu. Itu takdir dia, so jangan persoalkan. Semoga berjaya dik.

"Yang suri rumah jaga anak pun penat macam naik bukit. Can't imagine your letih lagi-lagi kena pergi sekolah.

"Sekarang masih boleh sekolah eh kalau dah kahwin ada anak?

"Saya faham awak, pernah laluinya sebelum ini. Moga terus kuat," tulis beberapa pelayar TikTok.

Doakan yang baik-baik je untuk dia dan anak tu. Itu takdir dia, so jangan persoalkan. Semoga berjaya dik.

NETIZEN

Pada profile TikTok miliknya, gadis itu turut meletakkan nama bayi perempuan berkenaan.

Namun sehingga kini dia tidak membuat penjelasan terperinci mengenai kebenaran kisah yang masih menjadi teka-teki itu.

Berdasarkan beberapa posting lain, gadis itu turut memuat naik foto bersama seorang lelaki, dipercayai suaminya.

mamamuda

Antara komen netizen yang memberikan kata-kata semangat buat pelajar berkenaan.

Merujuk kepada kapsyen dan tanda pagar pada salah satu posting, gadis itu dipercayai berusia 17 tahun dan menetap di Sarawak.

Untuk rekod, video tersebut turut meraih hampir setengah juta tontonan selepas 12 jam ia dimuat naik ke aplikasi TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain