suria

Uniknya tradisi keluarga... pengantin reda berarak, bersanding atas lori pembinaan! Orang kampung tumpang gembira

Pasangan pengantin 'bersanding' atas lori sebelum tiba di pelamin.

MAJLIS perkahwinan adalah sesuatu yang istimewa bagi pasangan mempelai.

Maka tidak hairanlah sesetengah daripada pengantin mahu menampilkan kelainan bagi memastikan hari bersejarah itu terus diingati.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami tarik diri beberapa jam sebelum nikah kerana tak boleh lupa ex, wanita ini masuk hospital sebab ‘overdose’

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin mahu tampil berbeza - "Suami pakai gaun, isteri pakai tuksedo"

Begitu juga yang dilalui pasangan pengantin dari Tanjung Piandang, Perak baru-baru ini apabila mereka memilih berarak menggunakan lori kecil.

Bagi memastikan suasana pada hari tersebut meriah, lori yang membawa barang binaan itu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dihias cantik.

Malah, bunga manggar turut diletakkan di samping pohon tebu bagi menyerikan suasana di atas lori tersebut.

Umpama 'bersanding' di atas lori ketika berarak, kedua-dua mempelai itu kemudian disambut sanak saudara yang sedang menanti untuk mengiringi mereka ke pelamin.

Menceritakan tentang keunikan yang dilakukan itu, kakak saudara kepada pengantin lelaki berkenaan menyatakan ia adalah tradisi turun-temurun keluarganya.

Ketika dihubungi mStar, Rozita Mohamed berkata, sebelum ini, pengantin yang diraikan akan menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Lori dihias terlebih dahulu untuk keselesaan raja sehari.

Lori dihias terlebih dahulu untuk keselesaan raja sehari.

"Tradisi ini bermula daripada arwah tok wan... pada masa itu, pakcik yang baru berkahwin dibawa menggunakan Hilux. Ia kemudian diturunkan kepada anak cucu sehingga kini.

"Saya dahulu pun diraikan macam tu. Tambahan pula, suami merupakan cucu sulung kepada tok wan... jadi memang perlu ikut.

"Kali ini, seluruh ahli keluarga memilih lori kecil sebagai kenderaan yang membawa pengantin selepas cadangan diutarakan bapa saudara," katanya.

Mesra dipanggil Kak Yong, wanita berusia 49 tahun itu memberitahu, setiap ahli keluarga yang bakal mendirikan rumah tangga pastinya tidak sabar menantikan saat indah seperti itu.

Memang anggap ia sebagai acara kemuncak bagi setiap majlis perkahwinan keluarga di samping acara membuka hadiah pada waktu malam.

KAK YONG

"Selain menantikan perbincangan tentang majlis dilakukan, mereka juga menyatakan tidak sabar untuk berarak kerana suasana keraian itu sudah menjadi satu kemestian.

"Memang anggap ia sebagai acara kemuncak bagi setiap majlis perkahwinan keluarga di samping acara membuka hadiah pada waktu malam. Malah ahli keluarga diwajibkan untuk menyumbang hadiah," katanya.

Tambahnya yang merupakan generasi ketiga keluarga Haji Tarmiji Ismail, keunikan yang ditampilkan itu bukan hanya menggembirakan pasangan pengantin tetapi turut memeriahkan suasana perkahwinan kerana kanak-kanak yang hadir akan bersorak.

Pengantin lelaki dikatakan seorang yang nakal.

Pengantin lelaki dikatakan seorang yang 'nakal' kerana suka mengusik.

Penduduk setempat pun memang tidak sabar mahu melihat perarakan seperti itu jika mengetahui jemputan yang diterima adalah daripada keluarganya.

Bercerita lanjut, anak kelahiran Raub, Pahang itu berkata, perancangan asal adalah membawa pengantin 'bersanding' di atas lori dari Pantai Ban Pecah Tanjung Piandang sehingga ke rumahnya.

Namun, ia tidak disokong oleh salah seorang ahli keluarga yang berkhidmat sebagai anggota trafik di Ipoh.

WhatsApp Image 2022-05-16 at 3.55.26 PM

Pasangan pengantin diraikan.

"Dia cakap jalan sesak kerana majlis berlangsung pada hari raya keempat. Malahan, rombongan akan melalui jalan raya dan berkemungkinan sangkut dalam kesesakan.

"Jadi, kami semua bersetuju perarakan bermula dari kawasan berhampiran yang jaraknya kira-kira 100 meter sahaja dari rumah," jelasnya lanjut.

Dalam pada itu, Kak Yong berharap agar tradisi itu diteruskan oleh generasi baharu.

Mengingati pesan arwah tok wannya, dia berkata antara nasihat yang paling 'dijunjung' adalah mengeratkan hubungan kekeluargaan dan membantu ahli yang kekurangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain