suria

Meriah konvoi 3 kereta, habis beraya ‘anak bertuah’ tinggalkan ibu di rumah tetamu! Puncanya mak diam-diam ada ‘projek’ di dapur

Berlaku adegan lucu ketika Aidilfitri baru-baru ini apabila anak-anak secara tak sengaja tertinggal ibu mereka di rumah tetamu.

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri tahun ini cukup berbeza setelah dua tahun kita beraya secara sederhana, berjauhan dari keluarga akibat pandemik Covid-19..

Dalam kemeriahan menyambut raya, pasti berlaku banyak perkara mencuit hati seperti yang dapat dilihat menerusi perkongsian di media sosial.

Posting video yang dikongsi Mohd Muzamir Mohd Ali, 38, memaparkan rakaman insiden lucu apabila sepupu-sepupunya tertinggal ibu mereka di rumah tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertinggal mak di R&R! Tersedar saat ayah dihubungi nombor tak dikenali, mujur tak jauh... ibu siap dapat betik, 20 minit ditemani peronda lebuh raya

ARTIKEL BERKAITAN: Mak beria beli barang siap masak banyak, dah malam tetamu konon nak beraya selamba 'cancel'... Alasan diberi tak masuk akal

Berkongsi cerita kepada mStar, Muzamir berkata adegan mencuit hati ini berlaku di rumah ibu saudaranya, yang terletak di Jalan Masjid Baroh, Tanjung Karang, Selangor, di mana seluruh ahli keluarga berkumpul di situ untuk beraya.

"Kejadian ni jadi masa raya pertama hari tu. Kami sepupu sepapat semua memang dah set nak berkumpul kat rumah makcik kami ni. Memang dari tengah hari semua dah berkumpul dekat sana untuk beraya. Jadi masa tu memang ramailah orang yang ada.

"Sebelum kejadian tu, sempatlah kami semua bergambar dulu, buat video TikTok ramai-ramai, sebab susah nak dapat kumpul ramai-ramai sebelum ni. Bila dah habis, makcik saya (ibu sepupu) ajak balik. Masa datang sini, dia datang dengan anak dia yang juga salah seorang sepupu saya bernama Intan Baizura.

"Anak-anak dia datang tiga kereta sebab jumlah cucu saja pun dah ada berbelas orang. Jadi selepas anak-anak dia dah bersalaman dengan yang lain, mereka pun gerak balik," ujar Muzamir.

tinggalmak3

Muzamir merupakan anak kedua daripada sembilan adik beradik.

Jelas lelaki yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank di kota raya ini, kesemua sepupunya masing-masing beranggapan bahawa ibu mereka telah menaiki salah satu daripada tiga kenderaan.

Muzamir yang tinggal di Bidara Sari Saujana Perdana, Sungai Buloh, Selangor ini, berkata, selepas menyedari ibu saudaranya telah ditinggalkan, seorang lagi saudaranya segera membuat panggilan berkali-kali kepada sepupunya yang selamba pulang meninggalkan ibu mereka.

Sebelum kejadian tu, sempatlah kami semua bergambar dulu, buat video TikTok ramai-ramai, sebab susah nak dapat kumpul ramai-ramai sebelum ni.

MUZAMIR

"Anak makcik yang bawa emaknya datang dah gerak paling awal sebab adik-beradik lain ada lagi dekat sini, dia ingatkan mereka yang lain akan tumpangkan emaknya balik nanti.

"Sepupu yang bergerak pulang last naik kereta jenis Toyota Wish warna putih (dalam video) tu pun tak tahu ibu mereka tertinggal. Itu yang semua menonong je balik.

"Sebenarnya, masa tengah lambai-lambai nak balik tu, mak mereka tengah tapau makanan kat dapur. Jadi kami semua yang dekat luar rumah memang tak perasan emaknya belum naik mana-mana tiga kereta anak-anaknya. Bila maknya keluar je dari dapur, barulah kami yang masih tinggal kat rumah tu perasan maknya ni tertinggal," kata Muzamir.

tinggalmak1

Seluruh keluarga Muzamir yang pulang beraya di kampung mereka di Selangor.

Jelas Muzamir yang merupakan anak kedua daripada sembilan adik beradik ini, sepupunya yang sudah dalam perjalanan pulang ke Parit 11 Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor terpaksa berpatah balik untuk mengambil ibunya.

Berikutan video yang menjadi tular di TikTok, para warga maya turut berseloroh meninggalkan komen yang mencuit hati.

tinggalmak2

Muzamir bersama isterinya.

"Itulah mak. Suka sangat sambung sembang kan anak dah lupa.

"Selalu kes tertinggal anak. Ni mak tertinggal.

"Baru minta maaf dah kena minta maaf balik.

"Satu kereta auto derhaka. Mujur tak jadi batu," seloroh netizen di ruangan komen.

Walau bagaimanapun, momen ini dianggap sebagai peristiwa kelakar oleh semua ahli keluarga mereka dan ibu mereka juga tidak berkecil hati dengan apa yang berlaku.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain