KEPIMPINAN menerusi teladan... menjunjung kasih Tunku. Demikian antara komen netizen yang memuji keprihatinan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila bertindak mengutamakan nyawa individu lain dalam situasi kecemasan. Terdahulu, satu klip video berdurasi 20 saat memaparkan polis pengiring kepada Tunku Ismail segera memberi laluan kepada sebuah ambulans yang kebetulan melalui jalan yang sama dengan konvoi baginda. ARTIKEL BERKAITAN: Mahu keadilan, perjuang nasib Bella... TMJ tawar khidmat peguam secara percuma ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu kes Bella berulang, 3 perkara dicadang dalam pertemuan TMJ-Rina Harun Polis pengiring dikenali sebagai Koperal Mohamad Saifulliman yang ketika itu bertugas sebagai escort TMJ, bertindak memastikan laluan lancar agar ambulans tersebut dapat bergerak tanpa halangan. Klip tersebut dikongsikan di laman Facebook Friends of PDRM di mana sehingga kini meraih hampir 80,000 jumlah tontonan, ratusan komen dan shares. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Tunku Ismail sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan pendekatannya wajar diteladani pemimpin lain. "TMJ saja satu-satunya hamba Allah yang ada perikemanusiaan. Tahniah escort TMJ. TMJ sebelum ini dipuji kerana lantang bersuara berhubung kes penderaan Bella. "Ini macam baru betul, tak lain tak bukan mesti TMJ titah suruh berikan laluan untuk ambulans... kecemasan. "Ini baru betul... nyawa nombor satu. Contoh tauladan yang baik," demikian antara komen netizen. Ini macam baru betul, tak lain tak bukan mesti TMJ titah suruh berikan laluan untuk ambulans. NETIZEN Selain itu, warganet juga turut memuji anggota polis berkenaan dan pasukan escort yang bertindak mendahulukan perkara yang lebih utama. Sebelum ini TMJ turut mendapat pujian rakyat Malaysia kerana lantang bersuara berhubung isu penderaan membabitkan seorang remaja perempuan sindrom down bernama Bella. Antara komen netizen yang memuji tindakan polis pengiring TMJ. Malah baginda sendiri menawarkan perkhidmatan peguam-peguamnya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief). Baginda turut mencadangkan penambahbaikan dilakukan terhadap Akta Kanak-Kanak 2001 merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan ketika pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, April lalu agar kes seumpama Bella tidak berulang. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI