suria

Anak bongsu bikin kacau sampai nak tercabut telekung kakak, ramai tengok pecah perut... Sudahnya apa jadi solat tarawih si ibu?

Video lucu anak bongsu Saadah mengusik anak sulungnya ketika mereka melakukan solat sunat terawih.

BAGI mereka yang mempunyai anak kecil, sudah pastinya tidak terlepas berdepan dengan 'gangguan' ketika mahu menunaikan solat.

Tentunya si kecil tidak senang duduk dan mula melakukan pelbagai aksi ketika ibu bapanya sedang menunaikan solat, sehingga boleh menyebabkan ibadah terbatal gara-gara ketawa.

Namun siapa sangka insiden lucu mengenai dua beranak 'diganggu' ketika sedang menunaikan solat, menjadi tular menerusi satu video sehingga mencuit hati warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga terkejut budak nakal, kaki buli menangis sebab solat... keluarga pun kena sound “tak nak sembahyang ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis gelisah curi-curi rakam gambar penjual burger solat di gerai, selepas bersemuka segalanya berubah - “Tenang je hati berdepan pemuda macam ni”

Aksi si kecil 'membelit dan membungkus' kakaknya yang bertelekung ternyata menghiburkan sehingga membuatkan ramai pecah perut!

Bercakap kepada mStar, Saadah Abdul Wahab berkata, insiden itu berlaku pada minggu lalu ketika dia dan anak sulungnya, Qisy Syaura Tihani , 9, sedang menunaikan solat sunat tarawih.

"Selalunya ada suami dan makcik mereka di rumah. Tapi malam itu, suami saya ke masjid, dan makcik mereka yang juga babysitter pulang ke kampung. Jadi, kami bertiga saja di rumah.

"Saya ajak anak perempuan solat di ruang depan. Kami saja letak telefon bimbit untuk rakam sebab nak tengok apa si adik buat sementara kami solat. Risau juga sebab dia main seorang diri.

kacau 1

Dua permata hati Saadah, Tihani dan Tuah.

"Tapi baru saja solat tarawih rakaat pertama, si adik boleh pula kacau kakaknya. Dia tarik dan lilit telekung sebab nak tarik perhatian si kakak, dan dalam masa yang sama nak suruh kakak ke tepi sebab nak duduk di sebelah saya.

"Saya sebenarnya dengar kakak tahan ketawa... sampai tak khusyuk sebab si adik terlanggar saya juga. Saya bertahan dan selesaikan solat. Bila selesai dan tengok balik rakaman tu, berdekah kami ketawa," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Menurut Saadah, sebelum ini anak kecilnya, Tuah Seif Qalifa yang berusia hampir tiga tahun, sudah dibiasakan dengan solat berjemaah.

kacau 2

Keluarga kecil Saadah.

Bagaimanapun katanya, insiden tersebut adalah pertama kali berlaku.

"Selalunya makcik mereka akan jaga Tuah. Atau kami bentang sejadah untuk dia join solat sekali. Setakat ini tak pernah pun dia kacau tapi banyak main-main saja.

"Mungkin sebab ketika itu tak ada orang layan dia... itu yang lain macam dia usik. Selepas insiden tu, saya teruskan solat tarawih seorang dalam bilik, manakala si kakak layan adiknya bermain," kata guru prasekolah yang menetap di Pontian, Johor ini.

Saya sebenarnya dengar kakak tahan ketawa... sampai tak khusyuk sebab si adik terlanggar saya juga.

SAADAH ABDUL WAHAB

Sekadar mahu merakam untuk dijadikan kenangan bersama anak-anak, Saadah berkata, dia memuat naiknya di media sosial kerana merasakan video lucu tersebut begitu 'epik'.

"Tak sangka sampai viral dan dikongsi di merata platform termasuk WhatsApp. Perkongsian di Facebook raih lebih 1.5 juta views, manakala di Instagram Reels pula lebih 437,000 views.

"Rata-ratanya komen mereka terhibur dengan video tersebut malah ada yang minta saya muat naik lagi keletah Tuah. Sebenarnya tak sangka masa rakam Tuah buat aksi lucu sebegitu.

kacau 3

Saadah gemar merakam foto mahupun video anak-anaknya untuk dijadikan kenangan.

"Tapi ada juga segelintirnya beri komen negatif. Ada yang kata tak baik main-main dengan solat. Saya tak permainkan, itu hanya video lucu anak yang tak sangka beraksi sedemikian.

"Ada juga kata tak pandai didik anak. Ada juga kata sekadar content. Langsung tidak. Apa yang boleh saya katakan, bila ada anak kecil, benda ni (gangguan) adalah normal. Kita kena biasakan sebab nak didik dan beri pendedahan ketika mereka masih kecil," akhirinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain