suria

Pemuda tayang duit berkepuk doa segera dapat jodoh, netizen tegur jangan riyak! Ramai bimbang cinta sebab harta

Faiz sudah menyediakan keperluan untuk menyunting pasangan hidupnya nanti.

SIAPAKAH wanita bertuah itu?

Teka-teki itu menjadi mainan netizen selepas menonton video seorang lelaki menayang kemewahan di TikTok dalam usahanya mencari pasangan hidup.

Paparan ikatan wang kertas, perhiasan emas, rumah dan kereta menerusi video itu sedikit sebanyak membuatkan para wanita tergoda sehingga ada yang mengakui masih single.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider sanggup menabung mahu isteri bersalin di hospital swasta, beri layanan bak puteri raja sepanjang tempoh hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin monyok fikirkan jari tak cantik masa nikah, sekali wali jadi penyelamat... saat akhir hadir pakaikan inai!

Persoalannya adakah perkongsian itu benar-benar ikhlas mahu mencari jodoh atau sekadar teknik pemasaran bagi mempromosikan produk.

Meluahkan rasa kepada mStar, Wan Muhammad Faiz Othman memberitahu, video berdurasi 27 saat itu sememangnya ditujukan kepada seorang wanita yang berjaya menambat hatinya.

Dia turut mengakui bahawa gadis jelita berusia 25 tahun itu ingin dijadikan suri hidupnya jika mendapat persetujuan keluarga kedua-dua pihak.

"Saya kenal dia di Instagram pada tahun 2020, dia adalah model sambilan... tapi masa tu kenal saja-saja. Lepas balik umrah bulan Februari lalu, saya scroll di TikTok dan ternampak dia sedang buat siaran langsung... jadi saya selalu bagi gift dan akhirnya menyuarakan hasrat untuk berkawan.

"Kami berjumpa beberapa kali dan saya terus terang menyatakan bahawa saya serius untuk berumah tangga... syukur dia juga bersetuju.

"Malah selepas seminggu perkenalan, saya menghadiahkannya sebentuk cincin sebagai tanda berkawan," ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi.

Umrah dilakukan pada Februari lalu.

Umrah dilakukan pada Februari lalu.

Menyifatkan wanita itu hadir selepas dia berdoa dipertemukan jodoh di depan Kaabah, Faiz mengakui dia sangat selesa ketika berdampingan dengan wanita terbabit.

Namun dia tidak menyangka hubungan yang baru sahaja berputik itu diuji dan secara tiba-tiba anak kelahiran Kota Bharu Kelantan itu ingin memutuskan ikatan yang terjalin sejak 6 Mac lalu.

"Saya memang dah rancang nak berkahwin dengan dia hujung tahun ini. Pada Hari Raya Aidilfitri nanti nak bawa dia bertemu keluarga, tapi mungkin tidak ada jodoh, dia kata nak putuskan hubungan.

Ibu dia pun sudah mengenali saya sebenarnya dan kami pernah keluar makan bersama. Saya pun dah cakap dengan mak saya tentang hasrat nak berkahwin.

FAIZ OTHMAN

"Walaupun baru mengenalinya, tapi saya dapat merasakan yang dia adalah jodoh saya sebab sebelum ini saya tidak terfikir untuk berkahwin tetapi selepas bertemunya, perasaan itu timbul.

"Umur saya pun dah 24 tahun.InsyaAllah saya dah mampu... sudah ada rumah, kerja dan kereta sendiri sebab itu saya fikirkan ini masa sesuai untuk mendirikan rumah tangga," ujar Faiz yang juga seorang usahawan..

Kediaman juga sudah disediakan untuk bakal isteri.

Kediaman juga sudah disediakan untuk bakal isteri.

Meskipun sudah menerima kata putus, namun anak muda itu masih tidak berpatah hati sebaliknya terus berusaha untuk memenangi hati wanita itu kembali.

"Ibu dia pun sudah mengenali saya sebenarnya dan kami pernah keluar makan bersama. Saya pun dah cakap dengan mak saya tentang hasrat nak berkahwin... raya nanti nak bawa jumpa.

"Rumah kami pun tidak jauh sebab saya tinggal di Wakaf Baru. Perancangan saya pun memang nak cari wanita Kelantan," katanya.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Dalam pada itu, Faiz turut menyatakan bahawa dia akan melupakan wanita berkenaan jika merasakan tidak mempunyai harapan bersama selepas Aidilfitri nanti.

Tambahnya, dia berharap keikhlasan hatinya untuk berkawan difahami.

"Saya iklhas dengan dia dan kalau boleh nak jadi lelaki the best serta bertanggungjawab untuk dia," rintihnya sambil menyatakan apa yang ditunjukkan dalam video tular itu disediakan untuk perancangan perkahwinan mereka berdua.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain