suria

Bapa tanggung derita rindu dibuang zuriat sendiri... Siap ‘blocked’ nombor telefon, netizen doa Allah lembutkan hati anak kandung pakcik ini

Video tangisan lelaki ini meraih sejuta tontonan di aplikasi TikTok.

WARGA TikTok menjadi saksi tumpahnya air mata seorang bapa apabila dia gagal menahan emosi kerana terlalu merindui anak-anaknya.

Dalam tempoh kurang 24 jam selepas dikongsi, video itu meraih sejuta tontonan serta dihujani ribuan komen netizen.

Dikenali sebagai Muhammad Anas Ariqin, lelaki itu dilihat sedang memanjatkan doa agar dipertemukan semula dengan anak-anaknya sambil menangis teresak-esak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin berjurai air mata di pelamin, hiba tengok bapa menangis tak sanggup ‘lepas’ anak bongsu - “Saya kira, memang sembilan kali ulang lafaz”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin biarkan saja air matanya mengalir, tak mampu tahan emosi lihat adik menangis masa jadi wali - “Dah tak boleh manja dengan kakak”

"Ya Allah ya tuhanku. Aku rindukan anakku ya Allah. Ya Allah... ya Allah... ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan anakku ya Allah. Aku tak mampu ya Allah.

"Subhanallah, aku cuba lupakan tapi tak daya, aku tak mampu ya Allah. Kenapa anak-anak aku sanggup tinggalkan aku? Kenapa anak aku sanggup lupakan aku? Aku tak sanggup ya Allah," ujarnya.

Menerusi ruangan komen, lelaki itu sempat membalas beberapa komen netizen dan bercerita serba-sedikit mengenai situasi yang dilaluinya.

Dia mendakwa sudah berpisah dengan isterinya selepas jatuh sakit pada tahun 2014.

ayah3

Kata lelaki ini, dia pernah koma selama 53 hari pada tahun 2014.

"Pakcik ada sakit jantung. Pada 7 Mei 2014 saat pakcik koma 53 hari, apabila isteri dapat tahu dia minta pisah, saat itulah pakcik mula derita," ujarnya.

Dalam satu video berlainan, lelaki itu berkata dia sudah lama tidak berhubungan dengan anak-anaknya.

"Dulu waktu sahur atau berbuka selalu anak abah akan call ingatkan abah jangan lupa makan ubat.

Kenapa anak-anak aku sanggup tinggalkan aku? Kenapa anak aku sanggup lupakan aku? Aku tak sanggup ya Allah.

MUHAMMAD ANAS ARIQIN

"Sekarang sepi hilang semua tu. Semoga anak-anak abah sihat ya," tulisnya pada kapsyen video.

Lebih memilukan apabila lelaki berkenaan mendakwa anak-anaknya menyekat nombor telefon bimbitnya.

"Dia dah blocked semua nombor pakcik ni... dia malu jumpa pakcik," katanya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati mereka atas nasib yang menimpa lelaki berkenaan.

Malah, ramai netizen turut menitipkan doa agar lelaki itu dapat disatukan semula dengan anak-anaknya suatu hari nanti.

ayah1

Ramai netizen turut memberikan sokongan buat lelaki itu.

"Ya Allah lembutkanlah hati anak-anak abah supaya terbuka hati anak-anaknya untuk pulang bertemu abah. Amin.

"Wahai warga TikTok. Mohon sebarkan berita dari pakcik ni secepat mungkin. Moga Allah permudahkan urusan kalian semua.

"Kalau anak pakcik ni tengok video ni, tolong la jumpa abah tu, kesian dia menanggung rindu. Takut kifarah kepada kamu nanti.

"Kesiannya. Ya Allah ya Rahman Ya Rahim. Kau lembutkanlah hati anak-anak pakcik ni sebelum Syawal tiba," tulis beberapa netizen.

Sokongan yang diterima lelaki itu menerusi TikTok turut membolehkan dia mengumpul lebih 13,000 pengikut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain