suria

Benarlah ‘masin mulut’ ibu! Babak nikah olok-olok dalam video tugasan Leftenan Adnan jadi realiti selepas 7 tahun

Kiri tangkap layar video tugasan UiTM, kanan Syakiroh (kanan) dan suami berkahwin pada 4 Mac 2022.

SIAPA sangka mulanya bernikah secara olok-olok, akhirnya perkahwinan itu menjadi realiti.

Begitulah yang dialami dua rakan sekelas yang bertemu jodoh selepas beberapa tahun berlakon sebagai suami isteri untuk satu tugasan di universiti.

Menerusi laman sosial, seorang wanita berkongsi satu video yang memaparkan sedutan rakaman seperti satu majlis akad nikah di mana dirinya merupakan pengantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu bagi gambar tak clear, sekali jumpa handsome! Ibu tunggal akhirnya terima lelaki hantar WhatsApp nak kenal 10 tahun lalu sebagai suami

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 kali jumpa wanita tak dikenali di majlis kahwin, lelaki ini beranikan diri masuk meminang... dedah 2 kali tulis nama calon isteri dalam buku 101 impian

Wanita berkenaan, Nor Syakiroh Ismail berkata, dia dan suami yang merupakan bekas rakan sekelasnya, Mohamad Norhaswandi Md Nadzir, 27, berkahwin pada 4 Mac lalu.

Menurutnya, video itu dirakam ketika mengikuti pengajian Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah pada 2015.

Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, dia bersama rakan-rakan sekelas dikehendaki melakukan tugas secara berkumpulan dengan menghasilkan video bertemakan kemerdekaan.

"Saya bersama tiga rakan mengangkat kisah perjuangan Leftenan Adnan Said yang merupakan wira yang menentang tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

"Dalam video itu, kami turut memasukkan babak daripada filem Leftenan Adnan, yang menunjukkan Leftenan Adnan berkahwin," katanya kepada mStar, yang merujuk kepada filem arahan Aziz M. Osman, lakonan Hairie Othman dan Datin Paduka Umie Aida.

nikah olok olok 3

Syakiroh (kanan) dan suami bernikah pada 4 Mac 2022.

Lebih mesra disapa Syakiroh, dia yang juga berusia 27 tahun bagaimanapun menjelaskan ketika itu dia dan suaminya hanya sekadar rakan sekelas.

"Tak lebih daripada itu, saya cuma anggap dia sebagai rakan sekelas je. Jujurnya, masa tu kalau boleh saya tak nak bercinta dengan rakan sekelas.

“Pemilihan suami melakonkan watak Leftenan Adnan dan saya memainkan peranan sebagai isteri, Sophia Pakih Muda pun dilakukan secara spontan.

"Sebenarnya boleh saja kami letak keterangan Leftnan Adnan berkahwin di video, tapi kami mahu menjadikan content lebih menarik," ujar anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

nikah olok olok 5

Syakiroh (kiri) dan Norhaswand ketika majlis konvekesyen bagi pengajian Diploma.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, hubungan mereka mulai rapat selepas menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di universiti sama.

"Tapi kami bukan rakan sekelas sebab suami sambung degree satu semester lewat daripada saya. Mungkin masa degree bukan sekelas, itu yang kami boleh rapat dan terus bercinta.

Bila saya bawa dia kenalkan sebagai boyfriend pada mak ayah, mak boleh ingat lagi dia lelaki yang berlakon nikah dengan saya dalam video assignment tu.

NOR SYAKIROH ISMAIL

"Dia seorang yang caring dan soft spoken. Dia approach saya pun tak gelojoh, slowly bermula sebagai kawan," katanya sambil menambah suaminya yang berasal dari Sungai Petani merupakan pengurus cawangan kedai serbaneka.

Mengimbas kembali, Syakiroh yang bertugas sebagai kerani berkata, dia pernah menunjukkan video tugasan tersebut kepada ibunya sebaik ia disiapkan.

nikah olok olok 4

Dari sekelas, pasangan ini kini bergelar suami isteri.

"Saja nak tunjuk yang ada babak saya berlakon kahwin. Mak kata berlakonlah kahwin, nanti betul-betul kahwin... memang 'masin mulut' mak.

"Paling terkejut bila saya bawa dia kenalkan sebagai boyfriend pada mak ayah, mak boleh ingat lagi dia lelaki yang berlakon nikah dengan saya dalam video assignment tu.

"Tiga bulan sebelum kahwin, baru teringat semula pasal video tu. Bila difikirkan balik masa berlakon tu memang nak tergelak, malu pun ye sebab kami rakam di luar Pusat Islam UiTM jadi orang lalu lalang tengok. Tak sangka betul-betul kahwin, Alhamdulillah," katanya yang berbulan madu di Melaka dan Cameron Highlands, baru-baru ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain