suria

Polis, tolong siasat! Monyet dipercayai ‘lalok’ dadah, terhuyung-hayang sebelum rebah

Video tular yang menerima kecaman netizen di media sosial.

VIDEO tular memaparkan pemain bola pasukan West Ham, Kurt Zouma yang menyepak seekor kucing ternyata menimbulkan kemarahan masyarakat di seluruh dunia.

Ketika video itu masih hangat diperkatakan, tular pula satu lagi video kekejaman haiwan yang dipercayai berlaku di Malaysia.

Dalam satu video yang dikongsi ke aplikasi TikTok, seorang lelaki dipercayai tergamak memberikan dadah kepada seekor monyet sehingga haiwan tidak berdosa itu kelihatan 'lalok' dan khayal.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Anak monyet mati didera sekumpulan individu

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam warnakan anjing merah, alasan pemilik amat mengejutkan

Dalam video berkenaan, monyet itu kelihatan berjalan dipercayai di kawasan taman dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum rebah ke atas jalan, dipercayai kerana sedang khayal.

Video tular itu bagaimanapun 'lesap' daripada aplikasi TikTok sejurus ia menerima kecaman, sejak Selasa.

Netizen bagaimanapun bertindak lebih pantas apabila ada yang sudah memuat turun video tersebut sebelum ia dikongsi semula ke laman Twitter.

"Ada orang beritahu, budak ni kasi (beri) monyet sejenis dadah. Dadah jenis bahaya yang kalau dapat kat orang, orang tak dengar muzik pun boleh sakit kepala.

moneyt1

Antara komen netizen di Twitter.

"Idk (I don't know). Dorang cakap dadah ni jenis 5. Dan paling mengecewakan, dekat video ni, ada user yang anggap ni kelakar," tulis pengadu yang enggan dikenali.

Video itu dikongsi semula menerusi akaun Twitter @pedoqpop dan sehingga kini sudah meraih lebih 25,000 tontonan.

Walaupun aku tak suka monyet, tak terlintas dalam kepala otak aku nak buat macam ni.

NETIZEN

Rata-rata warga Twitter mengecam tindakan pelaku dalam video tersebut yang disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Kesianlah haiwan tu ya Allah. Dah tak tahu siapa haiwan siapa manusia sebab haiwan lagi berakal dari manusia sekarang ni.

"Nak nangis tengok. Jahatnya la mamat ni. Harap ada neraka khas untuk kamu.

"Walaupun aku tak suka monyet, tak terlintas dalam kepala otak aku nak buat macam ni.

"Semoga celakalah semua pendera haiwan atas muka bumi ini," tulis beberapa netizen.

Netizen turut menggesa agar kes tersebut disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kadar segera sehingga pelaku ditangkap dan dihukum atas perbuatan tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain