suria

Kejam! Anak monyet mati didera sekumpulan individu

Anak monyet itu didera dengan beberapa jenis seksaan sebelum dibunuh.

RAKAMAN memaparkan seekor anak monyet yang didera sehingga mati ternyata mencetuskan kemarahan ramai.

Rakaman itu dibongkarkan oleh kumpulan pejuang hak asasi haiwan, yang mana ia diperolehi menerusi grup penjualan haiwan dalam talian.

Menurut badan bukan kerajaan (NGO) Lady Freethinker yang berpangkalan di United Kingdom (UK), mereka menemui video itu ketika membuat siasatan mengenai penderaan haiwan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Difahamkan, anak monyet itu didera dengan beberapa jenis seksaan sebelum dibunuh.

Ia termasuklah memotong telinga, memasukkan pin ke dalam lidah dan mata serta menggantung haiwan itu untuk dipukul.

Dalam satu video, kelihatan seekor monyet dibakar dnegan api.

Kata NGO itu, grup berkenaan disertai individu persendirian atas tujuan membeli anak monyet. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!